Bismillah,
Alhamdulillah selesai sudah kursus induksi yayasan bank rakyat selama 4 hari 3 malam di A'Famosa Resort Melaka.
Jadi post pada hari ini adalah untuk menceritakan sedikit sebanyak
pengalaman selama aku "berkursus" di sini. Tidaklah aku mahu menekan
perihal aktiviti yang dijalankan di sini. Tetapi satu pengalaman yang
jauh lebih penting berbanding segala makan, makan dan makan lagi (#eh?)
Seperti yang ditonjolkan di dalam tajuk, pengalaman yang aku maksudkan ada kaitannya dengan masyarakat. Ya, kerana di sini aku belajar berinteraksi dengan masyarakat yang pelbagai. Selama ini aku juga bersosial di universiti, di sekolah dan sebagainya tetapi di sini benar-benar aku lihat kehidupan di luar 'zon selesa' aku.
Di sini, bukan semua orang sealiran dengan aku. Ada yang 'terlalu terbuka', ada yang sangat berani walaupun bukan pada tempatnya, ada yang hiburannya melampau, ada yang terlalu mesra sehingga aku sendiri merasa takut.
Jadi di tempat seperti ini keluarlah mereka-mereka yang syadid dan keras dalam dakwah mereka. Terus menegur tanpa ada selindung kerana seperti aku, mereka juga seperti terasing di situ, terpaksa hidup di luar kitaran hidup mereka yang penuh dengan ungkapan-ungkapan dan amalan-amalan islamis kononnya.
Ya betul, mereka perlu ditegur, mereka perlu dibetulkan tetapi kekerasan hanya membuatkan mereka makin jauh. Untuk melaksanakan dakwah yang berjaya, kekerasan mungkin ada masanya sesuai, tetapi bukan di sini. Di sini mereka perlukan 'teman' untuk membantu mereka, bukan penghukum.
Maka jadilah teman mereka. Teman mereka yang mampu membimbing bukan menghukum. Yang tidak mempunyai masalah untuk berpakaian yang mungkin tidak melambangkan yang anda ialah "sultan muhammad alfateh kedua" tetapi cukup menutup aurat, yang tidak kisah bercanda tetapi tidak melampau batas, yang tidak kisah berinteraksi tetapi di dalam batas ikhtilat dan syara'. Mengapa? Kerana dengan cara itu anda lebih diterima masyarakat yang bukan sealiran dengan anda.
Masyarakat di mana anda dicampak bukanlah masyarakat yang sempurna. Di mana semuanya tahajudnya setiap malam seperti anda, di mana puasanya isnin khamisnya tidak pernah ditinggalkan seperti anda, di mana bacaan Al-Quran mereka bukanlah sehari 5 juzuk seperti anda. Kerana itu ialah kerja anda, untuk membetulkan masyarakat, bukan menghukum dan menjauhkan diri dari masyarakat.
MUSYRIF B MASWAN
Hokage Dakwah
Pelajar tajaan YBR