Assalamualaikum semua, hai! Apa khabar?
Anneyong sayong apa bala ntah sebutnya tuh haha. Okay berbalik kepada topik
kita pada hari ini tentang anjing. Apabila kita sebut anjing di kepala kita
akan terbayang najis mughallazah bukan? Ya benar anjing ialah antara dua najis
mughallazah (baca najis berat). Jadi mengapa tajuk post kali ini mari jadi
anjing? Adakah aku nak menyeru korang semua jadi najis? Sudah tentulah tidak.
Untuk memahami lebih dalam tentang
post hari ini apa kata kita buat quiz sikit?
Apakah hukum membela anjing(mazhab
syafei)?
a)
Haram
b)
Harus
c)
Wajib
d)
Sunat
e)
Makruh
Maka sudah tentu jawapannya ialah
haram tanpa sebab-sebab yang digariskan oleh syara’.
Apakah sebab-sebab yang membolehkan kita membela anjing? Terdapat
5 sebab yang digariskan syara’ iaitu
i.Untuk menjaga harta
ii. untuk menjaga tanaman
iii. untuk menjaga ternakan
iv. sebagai anjing untuk memburu
v. menjaga keselamatan keluarga
ii. untuk menjaga tanaman
iii. untuk menjaga ternakan
iv. sebagai anjing untuk memburu
v. menjaga keselamatan keluarga
Maka
secara umumnya kita boleh katakan anjing ini diangkat darjat daripada haram
kepada harus apabila kita MEMBERI ILMU kepadanya. Ilmu untuk menjaga harta,
ilmu untuk memburu dan ilmu-ilmu yang lain. Nampak tak permainan dia? haha
Konklusinya
(bajet ayat hebat haha) anjing pun menjadi mulia kerana ILMU jadi sudah
tentu manusia juga akan menjadi mulia dengan ilmu. Kita pada hari ini ghairah
mencari ilmu dunia tetapi apabila disebut ilmu akhirat, ilmu fardhu ain, ilmu
fardhu kifayah kita anggap cukup sekadar mendapat A dalam subjek Pendidikan
Islam semasa di sekolah rendah sedangkan ada kata-kata “menuntut ilmu itu dari
buaiyan sehingga lahad”. Anjing juga menjadi mulia kerana ilmu mengapa kita
ingin menjadi hina? Jadi mari menuntut ilmu yeaw!
~Hokage Dakwah~
0 comments:
Post a Comment