Showing posts with label share ilmu =). Show all posts
Showing posts with label share ilmu =). Show all posts

Friday, October 31, 2014

Ya Hanana ; pahala atau bahana?

Assalamualaikum semua! Apa khabar imanmu? Harapannya baik-baik sahaja. Baiklah berkenaan post pada kali ini, baru-baru ini di UIA kami ada mengadakan diskusi bertajuk “Ya Hanana; Pahala atau Bahana”. Pembentang tajuk itu memilih bahana kerana beberapa factor antaranya lirik qasidah yang kadang-kadang meragukan. Ditakdrikan pula selepas itu ada seorang junior bertanya kepada aku adakah lirik qasidah itu syirik atau tidak.
               
                Sebagai seorang pelajar di Maahad Tahfiz Imam Nawawi (http://jihadtegakislam.blogspot.com) guru aku selalu memulakan kelas pengajian kitab dengan selawat dan kadang-kadang berqasidah. Orang di sekeliling ramai yang menggelarkan kami ahli bidaah, tempat korang mungkin tidak tetapi oleh kerana aku tinggal di negeri darul bidaah eh darul sunnah Perlis maka perkataan ini aku dah sering dengar. Baiklah aku bukan nak tekan bab negeri aku atau soal bidaah mahupun wahabi tetapi apa yang aku ingin tekan dalam post kali ini ialah mengenai lirik qasidah sendiri.

                Dalam beberapa post aku sebelum ini juga aku selalu menekankan satu perkara yang menjadi asas kepada semua perkara ; ilmu. Apabila kita mempunyai ilmu sudah pasti kita dapat membezakan antara yang haq dan batil, antara yang betul dan salah, dan antara sunnah dan bidaah. Jadi apa kaitan ilmu dengan lirik qasidah? Pernahkah kita memerhatikan perkataan demi perkataan dalam qasidah itu? Aku malas nak bahas bab mohon pertolongan daripada Nabi Muhammad yang ramai golongan “AHLI SUNNAH SEJATI” haramkan itu.

Kita lihat lirik-lirik yang lain seperti salah satu syair qasidah yang aku sangat suka dengar iaitu Dhiya’u Al-Lami’. Boleh search The Shimmering Light di youtube. Di dalam qasidah itu menyebut tentang sirah nabi bermula dari kelahiran baginda dan perjalanan hidup baginda. Tetapi jika kita tidak pernah mengkaji semua bait-bait qasidah ini sudah tentu kita tidak dapat mengambil iktibar daripadanya lalu hanya menjadi seperti burung kakak tua.                        

Di dalam salah satu bait Dhiya Al-Lami’ di sebut antara bukti kecintaan kepada nabi Muhammad ialah mengetahui nasab baginda sehingga Manaf kalau tidak silap. Itu baru satu bait, apa lagi yang terdapat dalam bait-bait lain? Menceritakan tentang saat kelahiran insan paling mulia di atas muka bumi ini. Menceritakan tentang tanda-tanda kenabian baginda. Qasidah ini ialah antara khazanah ilmu yang ditinggalkan oleh para pencinta nabi. Semuanya lombong emas yang menunggu untuk digali oleh pencinta ILMU.

Jadi apa yang perlu kita semua buat? Cari ilmu, dapatkan ilmu, cintai ilmu supaya kita dapat memahami semua bait-bait qasidah. Seperti yang aku katakan, qasidah kelihatan syirik jika kita tiada ilmu mengenainya. “manusia cenderung memusuhi apa yang ia tiada ilmu mengenainya”.

Apabila tiada ilmu mengenai sesuatu bukan sahaja qasidah malahan Al-Quran juga boleh disalah tafsir. Dua orang guruku ada menceritakan sebah cerita kepadaku tentang seorang lelaki yang berkahwin dengan 10 orang wanita. Cerita ini riwayatnya mutawatir haha.

kalau tidak salah perkara ini memang benar-benar terjadi di Singapura. Apabila dipanggil ke mahkamah dan bertanya mengapa dia menikahi 10 orang wanita dalam satu-satu masa dia berkata dia telah merujuk kepada Al-Quran;
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil( di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja". ( Surah An - Nisaa' - Ayat 3 ) 
Dia berkata “aku telah membaca ayat itu lalu aku berkahwin mengikut suruhan Al-Quran pertama kali berkahwin aku menikahi 2 orang, kali kedua aku menikahi 3 orang, kali ketiga aku menikahi 4 orang, dan akhir seklai aku menikahi seorang wanita. Maka 2+3+4+1 = 10. Nah aku telah membuktikan aku berkahwin mengikut Al-Quran.”
Akhirnya lelaki tadi telah diterangkan mengenai tafsiran yang benar mengenai ayat itu dan dia menceraikan 6 daripada isterinya.
Jadi kesimpulannya lelaki tadi tidak mempunyai ilmu tentang penafsiran Al-quran maka Al-quran telah disalah tafsir. Maka perkara yang sama juga berlaku pada qasidah, jika kita tidak mempunyai ilmu tentang qasidah itu maka kita dengan mudah akan menganggapnya syirik bidaah dan sebagainya. Maka saranan aku, tuntutlah ilmu! Salam yeaw!


               

Monday, October 27, 2014

Mari Menjadi Anjing?

Assalamualaikum semua, hai! Apa khabar? Anneyong sayong apa bala ntah sebutnya tuh haha. Okay berbalik kepada topik kita pada hari ini tentang anjing. Apabila kita sebut anjing di kepala kita akan terbayang najis mughallazah bukan? Ya benar anjing ialah antara dua najis mughallazah (baca najis berat). Jadi mengapa tajuk post kali ini mari jadi anjing? Adakah aku nak menyeru korang semua jadi najis? Sudah tentulah tidak.
Untuk memahami lebih dalam tentang post hari ini apa kata kita buat quiz sikit?
Apakah hukum membela anjing(mazhab syafei)?
a)      Haram
b)      Harus
c)       Wajib
d)      Sunat
e)      Makruh
f)       Bidaah
Maka sudah tentu jawapannya ialah haram tanpa sebab-sebab yang digariskan oleh syara’.
Apakah sebab-sebab yang membolehkan kita membela anjing? Terdapat 5 sebab yang digariskan syara’ iaitu
i.Untuk menjaga harta
ii. untuk menjaga tanaman
iii. untuk menjaga ternakan
iv. sebagai anjing untuk memburu
v. menjaga keselamatan keluarga
               
                Maka secara umumnya kita boleh katakan anjing ini diangkat darjat daripada haram kepada harus apabila kita MEMBERI ILMU kepadanya. Ilmu untuk menjaga harta, ilmu untuk memburu dan ilmu-ilmu yang lain. Nampak tak permainan dia? haha

                Konklusinya (bajet ayat hebat haha) anjing pun menjadi mulia kerana ILMU jadi sudah tentu manusia juga akan menjadi mulia dengan ilmu. Kita pada hari ini ghairah mencari ilmu dunia tetapi apabila disebut ilmu akhirat, ilmu fardhu ain, ilmu fardhu kifayah kita anggap cukup sekadar mendapat A dalam subjek Pendidikan Islam semasa di sekolah rendah sedangkan ada kata-kata “menuntut ilmu itu dari buaiyan sehingga lahad”. Anjing juga menjadi mulia kerana ilmu mengapa kita ingin menjadi hina? Jadi mari menuntut ilmu yeaw!


~Hokage Dakwah~

Saturday, October 25, 2014

Abu Bakar Yang Pekak?

Assalamualaikum, moga sihat-sihat belaka para pembaca. Tiba-tiba hati ini teringin nak menulis semula blog (sebab cuti 3 bulan tak tahu nak buat apa yohoho). Jadi semasa sedang mencari idea untuk menulis tiba-tiba teringat akan kisah tauladan yang diceritakan oleh guru saya yang mulia iaitu Sheikh Nazrul Nasir Al Azhari. Kisah yang ingin saya ceritakan ialah tentang seorang ulama yang bernama Abu Bakar. Bukan Abu Bakar As-Siddiq tetapi Abu Bakar Al-Asim. Apa maksud Al-Asim? Al-Asim bermaksud pekak. Maka beliau digelar Abu Bakar Yang Pekak. Kita kalau orang panggil pekak agak-agak marah tak? Tentulah marah silap-silap tenggalung (bahasa utagha translation = tumbuk) kat situ jugak haha. Tetapi panggilan itu tidak menjadikan beliau rendah atau hina sebaliknya lebih meninggikan darjat beliau. Ingin tahu kisah beliau? Teruskan membaca.

                Pada zaman dahulu terdapat seorang ulama yang mengajar ratusan anak murid di tempatnya. Nama beliau ialah Abu Bakar. Murid-murid beliau lebih mengenali beliau dengan panggilan Abu Bakar Al-Asim(Abu Bakar Yang Pekak). Mengapa dipanggil sebegitu kepada guru mereka? Hal ini kerana apabila di dalam kelas pengajian pelajar beliau apabila ditanya soalan maka beliau akan berkata “kuatkan suaramu aku tidak mendengar pertanyaanmu” selama 40 tahun beliau membuat begitu sehingga murid-murid beliau sentiasa meninggikan suara jika ingin menanyakan soalan.

                Tetapi pada suatu hari apabila salah seorang murid beliau meninggikan suara untuk bertanya tiba-tiba beliau berkata “tidak perlu meninggikan suaramu aku boleh mendengar”. Murid-murid beliau semuanya tercengang terkejut kerana selama 40 tahun beliau menyuruh mereka meninggikan suara berlagak seperti pekak tetapi pada hari itu beliau tidak lagi pekak. Maka murid-murid beliau bertanya mengapa beliau tidak lagi pekak?

                Abu Bakar memulakan ceritanya, “40 tahun dahulu, ada seorang wanita ingin bertanya soalan kepadaku secara peribadi. Ketika dia sedang bertanya soalan dia terkentut. Aku tahu pasti dia malu maka aku menyuruh dia meninggikan suara dan berpura-pura seperti aku pekak dan tidak mendengar dia kentut (bahasa baik dia buang angin la).  Tetapi semalam dia sudah meninggal maka aku tidak lagi perlu berpura-pura pekak untuk menutup malunya.”

                Begitulah kisah tauladan seorang ulama yang menjaga aib seorang pelajar beliau sehingga sanggup berpura-pura pekak. Oleh sebab itu beliau dikenali dengan nama Abu Bakar Al-Asim, walaupun gelaran yang diberikan kepada beliau bermaksud pekak tetapi makna di sebalik gelaran itu sangatlah mulia.
                Nabi Salallahu Alaihi Wasallam bersabda “sesiapa yang menutup aib/kesalahan orang Muslim maka Allah tutup aibnya di dunia dan diakhirat”  (HR IBNU MAJAH)
                Kita mahu Allah tutup aib kita jadi mengapa kita tidak menutup aib orang lain? Fikirkanlah yeaw


~Hokage Dakwah~

Thursday, December 22, 2011

Keindahan Mathematics

salam semua!! camna rindu x kat mucik? msti korang suma rndu kan? dah dkat 3 mggu mucik menyepi. mucik p kem 2 mggu tu yg lama xon tuh... tapa2 skrg mucik dah on and mucik nk cita skit tentang subjek 2nd fav mucik :- MATHEMATICS! ramai yg agak xsuka ngan subjek nh sbb susah la apa lah termasuk la adik2 mucik skali... sorang ja yg mnat math cuma dya xdak la sampai mnat gila2 macam mucik... adik mucik yang darjah 5 tuh... exam final nh 4a 1c.. c nya math la.. ish3... adik sapa tatao haha... dah la ayah sndiri pun pensyarah math... so oleh kerana ramai yang kureng mnat math so jom mucik nak tnjuk skit the BEAUTY OF MATH =)
perhatikan nombor2 di bawah nh

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101% dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang perkara utama untuk mencapai 100% dalam hidup kita. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude yang positif dalam diri kita, kita masih belum dapat mencapai 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%
yang atas nh yang plg style... sayang Allah mmbawa kpada 101%... and mmg btoi... kalau kita beriman and betol2 percaya pda Allah insya Allah Allah akan membantu kita

Friday, December 2, 2011

‎[Cinta Muka Buku by Najwa Latiff edisi Islamik]



Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku ♪♫
kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu...000.. .FITNAH dunia atasku ♪

... Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah bersalah tak menentu
oohh.. takot fitnah ke atasku..♫

banyak persoalan yg berada di minda ♫
banyak tanda tanya dan juga kata kerja
NAFSU kata apa salah kau terima dia
IMAN kata lebih baik kau tinggal saja.

Banyak NAFSU banyak juga MAKSIATnya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
daripada terjebak didalam nya
harus elakkan semuanya dari mula..♪

Pabila kau bermanis kata padaku
Ku rasa sesuatu yang tak perlu Oooo…
Ini cinta penuh nafsu

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu rasa sesuatu Oooo…
Itu hanya cinta nafsu, cinta di muka buku..♪

Bagaimana harus bersua
Ku rasa lebih baik lupakan saja
kau dan aku masih remaja
tidak perlu memikirkan cinta sahaja

banyak persoalan yg berada di minda ♫
banyak tanda tanya dan juga kata kerja
NAFSU kata apa salah kau terima dia
IMAN kata lebih baik kau tinggal saja...

Banyak NAFSU banyak juga MAKSIATnya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
daripada terjebak didalam nya
harus elakkan semuanya dari mula..
cinta di muka buku..♪

jagalah kehormatan kita,tidak kira lelaki atau perempuan, "sesungguhnya lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang soleh dan wanita yang soleh itu adalah untuk lelaki yang soleh" =D

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

salam semua, hehe giliran mucik plak nak buat post tentang maal hijrah... actually Maal Hijrah nh sbnarnya mcam Tahun Baru Cina bagi kaum cina la, Maal Hijrah pada tahun ini jatuh pada 27 nov 2011 bersamaan satu muharram.. kami orang Islam menyambut maal hijrah untuk mengingati penghijrahan Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwassalam dari kota mekah ke kota madinah~(cewah mcam nasyid la plak haha)....

tp korang taw x? sbnarnya nabi berhijrah or sampai ke kota madinah bukan pada 1 Muharram? mucik pun baru taw sbnaqnya, almaklumlah ilmu cetek ja... Nabi snarnya berhijrah bermula pada 1 rabi'ul awal and smpai di quba' pada 8 rabi'ul awal. baginda sampai ke madinah plak pada 12 rabi'ul awal.( maulid baginda tuh ^.^) mcam2 lagi yg berlaku pada 12 rabi'ul awal nh, contohnya Maulid baginda dan kewafatan baginda T.T. habis tuh, knapa kita sambut maal hijrah pada 1 muharram? sebabnya ialah kerana untuk menyambut kejayaan para sahabat mencipta sebuah takwim Islam, kerana sebelum ini tidak wujud kiraan tahun dalam Islam, contohnya tahun nabi lahir hanya disebut sbgai tahun gajah. betol x? xkan lupa kot? tahun nh dinamakan taon gajah kerana tahun ini tentera bergajah abrahah ingin memusnahkan kaabah.

k lah stakat nh ja kot mucik nak share ilmu... (pendek nya~ lol habih idea)... xpa2 nanti ntuk hari assyura mucik post len plak... SALAM~~

Wednesday, November 23, 2011

Memutuskan Silaturrahim

salam semua, hri nh nak share ilmu skit, hehe tentang ukhuwah kita sebagai umat islam.. ok, first and foremost, mucik pernah dengar satu hadith nh... maksudnya :-


Di akhir zaman, umat Nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam akan terkena penyakit2 dimana penyakit ini sudahpun menimpa umat2 terdahulu dan mereka sudah pun dibinasakan. penyakit2 nya ialah:-
1.Terlalu banyak akan keseronokan .
2.Terlalu mewah.
3.Menghimpun harta sebanyak mungkin.
4.Tipu menipu yakni untuk mendapatkan harta.
5.SALING MEMARAHI.
6.Hasut menghasut sehingga saling menzalimi.

Tgk penyakit yg kelima tuh, saling memarahi, ulama membincangkan dan maksud saling memarahi ni memutuskan tali silaturrahim dan saling membenci. kadang2 benda nh kita pandang ringan ja tp ingat, banyak hadith yg menyebutkan larangan memutuskan silaturrahim..
antara hadith yg masyhur ialah:-

"Barangsiapa yang bertengkar dengan sahabatnya dan tidak bertegur sapa di antara mereka lebih daripada 3 hari, maka bukanlah dia dari umatku, dan yg lebih baik antara mereka ialah yang memulakan teguran" au kama qala..

so jgan la gadoh lama2... pernah tak kita terfikir kenapa diberi tempoh sehingga 3 hari? sbnarnya tempoh 3 hari tuh ialah tempoh untuk kita meredakan kemarahan kita... buang lah ego kita, jangan dok tunggu kawan kita tu yg mai minx maaf kat kita, kta yg patotnya p minx maaf, itu yg lbih baik.. =)

ada lg hadith:-

"dua golongan yang tidak dipandang Allah di padang mahsyar kelak ialah orang yang memutuskan silaturrahim dan jiran yang jahat"

yang nh kita minx jauh la dri kita Nau'zubillahimin zalik.... kalau la satu hari kita dah besar dah kawin dah(dok igt kawen ja mucik nh haha) dan dah ada rumah sendiri dah, jgan la kita mnjadi jiran yg jahat... bulan tuh dapt bonus, p beli set karok yg sound bleh dgr dri arau smpai ke kangar tuh( teknologi mju da masa tuh haha)

insya Allah rasnya stkat nh ja yg mucik leh share ilmu... Salam~

Saturday, November 12, 2011

Khalifah Allah


khalifah Allah di muka bumi, itulah gelaran kita di muka bumi nih sbgai manusia....tp ramai yg lupa dgn jawatan kita yg bsar nh... skrg nh mucik ada kat kl n kat sini mucik mula sedar balik tntg jawatan mucik nh...ada kwan mucik nh(perempuan la) xpkai stoking n dok main ja kat cosmo world tuh ngan mucik... so spnjang hari tuh mucik dok berasa yg mucik kna tgur dya sbb dya also Islam and Skolah Agama lak tuh.... so mucik tgur la smlam nh and Alhamdulillah dya xdak la trasa sgt... hehe..

tp bila mucik muhasabah diri blik, berada di kl, ramai lg org Islam x pakai stoking, bukan tu ja, tudung pun xpakai... jnoh tundukkan pandangan tol... bila la Malaysia nh akan jd negara yg btol2 berpegang tguh pda Islam, isteri ketua kita sndiri pun xtutup aurat... mudah2han blik haji nh dya insaf..amin~~.. so mucik rasa kna buat sesuatu ntuk mnegakkan Islam di negara kita nh balik...

msti rmai akan kata, "baru skolah menengah dok berasa kemas dah nak p tgur orang"... ya mmg btol mucik masih seorang plajar, and di mata zahir orang len mucik nh hanya budak mentah... tp ingat, di mata Allah, mucik seorang mukallaf (dah akil baligh) which means mucik dah dipertanggungjawabkan seperti orang dewasa yang lain, seperti ayah mucik, seperti Ustaz2 di luar sana and ramai lg...

mucik teringat kem yg mucik pergi hari tuh... ada 3 muhammad yg diangkat, Nabi Muhammad S.A.W, Muhammad Al-Fateh and yg ketiga akan datang... dan muhammad ketiga akan melepaskan sebuah kerajaan dari pemerintah yg zalim, so sapa la muhammad yg akan lepaskan malaysia tuh... mucik bkan la kot sbb nama pnoh mucik MUSYRIF BIN MASWAN... xdak pun muhammad.... tapi mungkin mucik juga memainkan peranan dalam membantu Muhammad ke3 tuh,,, sperti mana para sahabat membantu Saidina Rasulullah S.A.W... sama2 la kita doakan benda nh... ameen

rasanya stkat nh je la post musyrif kali nh,,,, mucik nk p men salji kat icity shah alam... yeay!!!! jgan jelez...

Friday, November 4, 2011

Wukuf di Mekah,Puasa di Malaysia

Salam, hari nh dah pun 4 Nov 2011, kalau ikut takwim lusa lah kita raya korban kan? so which mean kalu ikut kiraan esok lah org2 yg menunaikan haji akan wukuf di A'rafah. teringin la mucik pun nak buat haji sma, tapi apakan daya, duit sekolah pun mak yg bg lagi :P. xpa sikit2 lama2 jadi bukit =).

so berbalik pada tajuk, tau tak wujudnya puasa sunat bila jemaah haji wukuf? apa fadhilatnya? ikut ustaz Yus, dya kata antara kelebihannya dapat menghapuskan setahun dosa2 kecil. Dosa2 kecil ja taw. dosa2 besar kna la taubat. tapi dosa kecik pun jgan kita amik ringan. lagipun kna posa ja, bukan suruh pumping 150 kali pun. kalau nak raya posa dulu kita bleh posa 30 hari(lelaki la) xkan nak raya korban nak posa shri pun xley kot. jom2 posa :).

Buka posa tuh jom bukak posa ramai2, mucik nak bukak posa kat MATIN, ustaz Yus nak buat majlis bokak posa.=) pastuh malam tuh kita buat solat sunat tasbih berjemaah insya Allah. serba sedikit tentang malam raya nh, malam raya nh antara 5 malam yg plg mustajab doa. kata Imam Syafei di dalam kitab Al Ohm (eja cammna tah :P):lima malam yg mustajab doanya ialah
1)malam aidil Adha
2)malam aidil fitiri
3)malam nisfu sya'ban
4)malam pertama bulan rejab
5)malam jumaat.(bukan stakat malam untuk suami isteri LOL)

so stakat nh ja kot ilmu yg nk share kali nh.slamat beramal.

Tuesday, November 1, 2011

Korban yang Afdhal?


http://www.blogger.com/img/blank.gif
salam, yeay2 nampak gaya kita nak raya lg, huh raya tak berenti la kta nh. Hari tuh raya puasa dah kali nh raya Aidil Adha or lgi femes dgn glaran raya korban. serba sedikit tentang hari raya korban nh, rasanya suma tau kan kisah di sebalik raya korban nh. yup, tentang pengorbanan Saidina Ibrahim alaihissalam yg sanggup menyembelih anaknya sendiri;Saidina Ismail Alaihissalam. tapi Allah maha penyayang dan telah menukarkan Saidina Ismail dengan seekor kibas sebagai ganti tol x? tapi taw xmana datg kibas tuh? jawapan standard: dari Allah la. mmg betul dari Allah tau tapi specific la skit, kibas tuh datang daripada zakat yg tlah dikeluarkan oleh anak nabi Adam;Habil. igt x?(credit to Naufal Hakim). msti ramai kan yg mak ayah korang nak wat korban? mak ngan ayah mucik pun ada buat taon lpas, taon nh insyaAllah kalau ada rezeki. Korban tuh korban lah jugak tapi korang taw x korban yg mana lebih afdhal? meh mucik nak gtaw skit sbab ilmu mucik pown skit ja :P

1)first thing first, binatang apa yg paling afdhal nak buat korban? ulama dah bincang and dah susun binatang ikut keafdhalan mereka seperti berikut:-
.unta
.lembu/kerbau
.kambing biri2
.kambing biasa
*prasan tak kambing biri2 lebih afdhal daripada kambing biasa? tapi knapa ek? ulama mengatakan hal ini demikian kerana daging biri2 lbh lembut berbanding daging kambing biasa.

2)next, jantina yg mna lebih afdhal untuk korban? jantan or betina? ulama membincangkan dan mengeluarkan dua pendapat:-
- betina. hal ini demikian kerana daging betina lebih lembut berbanding jantan. mmg btul pun, kalau kita perhatikan, betina@perempuan nh semua bahagian badan dia lembut, kecuali satu ja yg keras, apa dia? hehe itulah bahagian MULUTnya. kita kata lima enam patah dia jawab 34 patah. no offense girls sbb Saidina rasulillah juga kata mcam nh waktu dia dinaikkan ketika israk dan mikraj dan lihat ramai perempuan di dalam neraka dan katanya perempuan lebih banyak mengumpat. tapi bukan semua, ramai lg wanita yg baik2 cthnya siti khadijah,siti aisyah, and siti fatimah. *perasan tak yg semua nama2 yg mucik sebut tuh ada "siti". apa maksud siti nh? siti nh ialah singkatan bg SAIDATI. so kalau ayah or mak bg nama kat korang cth siti khadijah tuh mmg dah cukup cantik dah. tp the prob is org medern nh kira nak nama glamer ja, buh nama siti khadijah xmo katanya macam maklong2 tua ja, so dya tukaq boh nama "katty", igt lawa sgt kot nma tuh, tgk2 xdak maksud pun.

-jantan. nh mcam mana nh sat kata betina sat kata jantan adoii. sabar la dlu Jusoh oi(nama rekaan smata2). yg betina lebh dari sgi lembut dagingnya tp yg jantan lebih dari sgi byk dgingnya.

3)kaler binatang yg mana lebih afdhal dibuat korban?
-putih
-kuning(tobat naufal senyum tgk kaler nh)
-kelabu
-merah
*tgk, smpai kaler binatang tuh pun ulama bincangkan. mmg ulama btol2 sygkan umatnya.tp kita ja yg tak syg ulama.kita lawan ulama, kita boikot ulama. hingga ada raja yg pernah memenjarakan ulama semata2 tidak mengeluarkan fatwa mengikut kehendak raja. cth nya imam Ahmad. xpyah la kita nak lawan dgn ulama kerna melawan ulama bermakna kita melancarkan perang kpada Allah. Allah maha kuasa malah Namruz (melayu panggil Namrud tapi sbnarnya org arab pnggil Namruz) yg mempunyai bala tentera yg bsar dikalahkan dgn seekor nyamuk ja pun, bukan hantar Saidina Jibrail.

so stkat nh je la ilmu yg bleh mucik share.=) so spa2 yg nak wat ibadat korban leh la adaptasi kan tips2 mucik nh... slamat beramal =)
Hokage Dakwah © 2008 Template by:
SkinCorner