Sunday, November 9, 2014

Tiada paksaan didalam agama?

“La Ikraha Fid Din”-Tiada paksaan di dalam agama

                Assalamualaikum semua! Sudah pasti ramai di antara kita mengetahui ayat ini dan mungkin juga pernah menggunakannya dalam beberapa situasi dalam kehidupan seharian. Ayat ini sangat popular digunakan terutamanya di kalangan orang-orang yang ingin melarikan diri dari ditegur. Selalu kita lihat apabila seseorang ditegur contohnya tentang aurat, atau tentang kata-kata atau mungkin juga tentang ikhtilat maka untuk mempertahankan ego dan ingin nampak alim maka selalu diucapkan ayat ini.

Contoh situasi  :-

Aminah                : Weyh amirah tudung kau ni cantik la, tapi kalau lagi labuh lagi cantik sebab tak                                 menutup dada ni.
Amirah                 : alah macam ni la fesyen, baru up to date.
Aminah                : up to date pun biarlah menutup aurat. Ini agak-agak Allah redha tak kau pakai              macamni?
Amirah                 : alah kubur masing-masing la. Kau mana boleh paksa-paksa aku. Tak tahu ka                 Allah berfirman La Ikraha Fid Din? Harap j
a sekolah agama ayat Al-Quran pun         tak tahu.

                           

Pernah berjumpa dengan situasi seakan-akan di atas? Sudah tentu pernah kerana
terlalu banyak Kita lihat kejadian seumpama ini tidak kira di alam media sosial mahupun di alam realiti. Maka orang-orang seperti ini layak dibaling dengan keyboard. Tetapi kalau difikirkan kembali apa yang sepatutnya Aminah jawab kepada Amirah? Dia sudahpun mengeluarkan ayat Al-Quran. Adakah ayat Al-Quran itu salah? Maka sudah tentu tidak itu kalam Allah. Maka apa yang perlu dijawab?

                Baiklah baca dengan teliti dan fahami. Benar terdapat ayat “Tiada Paksaan Di Dalam Agama” di dalam Al-Quran Al-Karim. Tetapi itu tidak menjadi lesen bagi kita menggunakan ayat ini sesuka hati kita untuk memuaskan nafsu kita! Kita perlu mengetahui asbab nuzul bagi ayat ini, apa tafsiran ulama, apakah terdapat lafaz am atau khusus. Jadi di dalam post kali ini in Shaa Allah saya akan menceritakan tentang asbab nuzul ayat ini.
                Sebelum peristiwa hijrah Nabi Muhammad dari kota mekah ke kota madinah, wanita-wanita dari golongan ansar(belum islam) apabila mengandung dan bersalin akan memberikan anak-anak mereka kepada orang yahudi untuk dijaga. Sebab diberikan untuk dijaga tidak diketahui, mungkin kerana kesempitan wang atau kepercayaan kepada orang yahudi. Maka apabila anak-anak kecil itu dijaga oleh orang yahudi sudah tentu anak-anak itu dididik menjadi orang yahudi juga. Maka terjadilah peristiwa hijrah. Ramailah dari kalangan orang ansar memeluk Islam apabila nabi sudah sampai ke madinah. Maka selepas memeluk agama Islam wanita-wanita ansar itu teringat kepada anak-anak mereka yang diyahudikan. Oleh sebab itu mereka berjumpa dengan nabi supaya nabi menyuruh anak mereka itu memeluk Islam walaupun dengan cara paksaan. Maka turun ayat ini.
               

                Soalannya adakah orang yang selalu menggunakan ayat ini kafir? Sudah tentu tidak bahkan Islam seperti kita. Maka jangan sesuka hati menggunakan ayat ini untuk memenuhi kehendak nafsu. Tidak salah ingin menggunakan ayat Al-Quran dalam kehidupan seharian, tetapi pastikan kita ada ilmu tentang ayat itu. Jangan hanya hentam koromo menggunakan ayat secara mengkhinzir buta hanya untuk kelihatan hebat. Maka apa-apa pun yang penting ilmu. Maka tuntutlah ilmu. 

Monday, November 3, 2014

Ainul Mardhiah wanita terindah

A : kenal tak Ainul Mardhiah? *sambil drive*

B: kenal. Ketua bidadari di syurga kan?

A : yup. Kecantikan bidadari kalau satu jari ja masuk ke dunia maka semua lelaki akan jatuh cinta, tambah kalau ketua bidadari macam mana la agaknya.

B : untung la siapa dapat ketua bidadari. Jangan kata ketua bidadari, siapa dapat bidadari pun dah cukup untung.

A: alah bukan mahal pun maharnya. Kutip ja sampah kat masjid. Itulah maharnya.

B: serius? Wey cepat-cepat singgah masjid. Nak pergi "bayar mas kahwin"

A: spartan kick nak?

#bersihkan masjid pun ikhlaskan lah niat haha

~Hokage Dakwah~

Friday, October 31, 2014

Ya Hanana ; pahala atau bahana?

Assalamualaikum semua! Apa khabar imanmu? Harapannya baik-baik sahaja. Baiklah berkenaan post pada kali ini, baru-baru ini di UIA kami ada mengadakan diskusi bertajuk “Ya Hanana; Pahala atau Bahana”. Pembentang tajuk itu memilih bahana kerana beberapa factor antaranya lirik qasidah yang kadang-kadang meragukan. Ditakdrikan pula selepas itu ada seorang junior bertanya kepada aku adakah lirik qasidah itu syirik atau tidak.
               
                Sebagai seorang pelajar di Maahad Tahfiz Imam Nawawi (http://jihadtegakislam.blogspot.com) guru aku selalu memulakan kelas pengajian kitab dengan selawat dan kadang-kadang berqasidah. Orang di sekeliling ramai yang menggelarkan kami ahli bidaah, tempat korang mungkin tidak tetapi oleh kerana aku tinggal di negeri darul bidaah eh darul sunnah Perlis maka perkataan ini aku dah sering dengar. Baiklah aku bukan nak tekan bab negeri aku atau soal bidaah mahupun wahabi tetapi apa yang aku ingin tekan dalam post kali ini ialah mengenai lirik qasidah sendiri.

                Dalam beberapa post aku sebelum ini juga aku selalu menekankan satu perkara yang menjadi asas kepada semua perkara ; ilmu. Apabila kita mempunyai ilmu sudah pasti kita dapat membezakan antara yang haq dan batil, antara yang betul dan salah, dan antara sunnah dan bidaah. Jadi apa kaitan ilmu dengan lirik qasidah? Pernahkah kita memerhatikan perkataan demi perkataan dalam qasidah itu? Aku malas nak bahas bab mohon pertolongan daripada Nabi Muhammad yang ramai golongan “AHLI SUNNAH SEJATI” haramkan itu.

Kita lihat lirik-lirik yang lain seperti salah satu syair qasidah yang aku sangat suka dengar iaitu Dhiya’u Al-Lami’. Boleh search The Shimmering Light di youtube. Di dalam qasidah itu menyebut tentang sirah nabi bermula dari kelahiran baginda dan perjalanan hidup baginda. Tetapi jika kita tidak pernah mengkaji semua bait-bait qasidah ini sudah tentu kita tidak dapat mengambil iktibar daripadanya lalu hanya menjadi seperti burung kakak tua.                        

Di dalam salah satu bait Dhiya Al-Lami’ di sebut antara bukti kecintaan kepada nabi Muhammad ialah mengetahui nasab baginda sehingga Manaf kalau tidak silap. Itu baru satu bait, apa lagi yang terdapat dalam bait-bait lain? Menceritakan tentang saat kelahiran insan paling mulia di atas muka bumi ini. Menceritakan tentang tanda-tanda kenabian baginda. Qasidah ini ialah antara khazanah ilmu yang ditinggalkan oleh para pencinta nabi. Semuanya lombong emas yang menunggu untuk digali oleh pencinta ILMU.

Jadi apa yang perlu kita semua buat? Cari ilmu, dapatkan ilmu, cintai ilmu supaya kita dapat memahami semua bait-bait qasidah. Seperti yang aku katakan, qasidah kelihatan syirik jika kita tiada ilmu mengenainya. “manusia cenderung memusuhi apa yang ia tiada ilmu mengenainya”.

Apabila tiada ilmu mengenai sesuatu bukan sahaja qasidah malahan Al-Quran juga boleh disalah tafsir. Dua orang guruku ada menceritakan sebah cerita kepadaku tentang seorang lelaki yang berkahwin dengan 10 orang wanita. Cerita ini riwayatnya mutawatir haha.

kalau tidak salah perkara ini memang benar-benar terjadi di Singapura. Apabila dipanggil ke mahkamah dan bertanya mengapa dia menikahi 10 orang wanita dalam satu-satu masa dia berkata dia telah merujuk kepada Al-Quran;
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil( di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja". ( Surah An - Nisaa' - Ayat 3 ) 
Dia berkata “aku telah membaca ayat itu lalu aku berkahwin mengikut suruhan Al-Quran pertama kali berkahwin aku menikahi 2 orang, kali kedua aku menikahi 3 orang, kali ketiga aku menikahi 4 orang, dan akhir seklai aku menikahi seorang wanita. Maka 2+3+4+1 = 10. Nah aku telah membuktikan aku berkahwin mengikut Al-Quran.”
Akhirnya lelaki tadi telah diterangkan mengenai tafsiran yang benar mengenai ayat itu dan dia menceraikan 6 daripada isterinya.
Jadi kesimpulannya lelaki tadi tidak mempunyai ilmu tentang penafsiran Al-quran maka Al-quran telah disalah tafsir. Maka perkara yang sama juga berlaku pada qasidah, jika kita tidak mempunyai ilmu tentang qasidah itu maka kita dengan mudah akan menganggapnya syirik bidaah dan sebagainya. Maka saranan aku, tuntutlah ilmu! Salam yeaw!


               

Monday, October 27, 2014

Mari Menjadi Anjing?

Assalamualaikum semua, hai! Apa khabar? Anneyong sayong apa bala ntah sebutnya tuh haha. Okay berbalik kepada topik kita pada hari ini tentang anjing. Apabila kita sebut anjing di kepala kita akan terbayang najis mughallazah bukan? Ya benar anjing ialah antara dua najis mughallazah (baca najis berat). Jadi mengapa tajuk post kali ini mari jadi anjing? Adakah aku nak menyeru korang semua jadi najis? Sudah tentulah tidak.
Untuk memahami lebih dalam tentang post hari ini apa kata kita buat quiz sikit?
Apakah hukum membela anjing(mazhab syafei)?
a)      Haram
b)      Harus
c)       Wajib
d)      Sunat
e)      Makruh
f)       Bidaah
Maka sudah tentu jawapannya ialah haram tanpa sebab-sebab yang digariskan oleh syara’.
Apakah sebab-sebab yang membolehkan kita membela anjing? Terdapat 5 sebab yang digariskan syara’ iaitu
i.Untuk menjaga harta
ii. untuk menjaga tanaman
iii. untuk menjaga ternakan
iv. sebagai anjing untuk memburu
v. menjaga keselamatan keluarga
               
                Maka secara umumnya kita boleh katakan anjing ini diangkat darjat daripada haram kepada harus apabila kita MEMBERI ILMU kepadanya. Ilmu untuk menjaga harta, ilmu untuk memburu dan ilmu-ilmu yang lain. Nampak tak permainan dia? haha

                Konklusinya (bajet ayat hebat haha) anjing pun menjadi mulia kerana ILMU jadi sudah tentu manusia juga akan menjadi mulia dengan ilmu. Kita pada hari ini ghairah mencari ilmu dunia tetapi apabila disebut ilmu akhirat, ilmu fardhu ain, ilmu fardhu kifayah kita anggap cukup sekadar mendapat A dalam subjek Pendidikan Islam semasa di sekolah rendah sedangkan ada kata-kata “menuntut ilmu itu dari buaiyan sehingga lahad”. Anjing juga menjadi mulia kerana ilmu mengapa kita ingin menjadi hina? Jadi mari menuntut ilmu yeaw!


~Hokage Dakwah~

Saturday, October 25, 2014

Abu Bakar Yang Pekak?

Assalamualaikum, moga sihat-sihat belaka para pembaca. Tiba-tiba hati ini teringin nak menulis semula blog (sebab cuti 3 bulan tak tahu nak buat apa yohoho). Jadi semasa sedang mencari idea untuk menulis tiba-tiba teringat akan kisah tauladan yang diceritakan oleh guru saya yang mulia iaitu Sheikh Nazrul Nasir Al Azhari. Kisah yang ingin saya ceritakan ialah tentang seorang ulama yang bernama Abu Bakar. Bukan Abu Bakar As-Siddiq tetapi Abu Bakar Al-Asim. Apa maksud Al-Asim? Al-Asim bermaksud pekak. Maka beliau digelar Abu Bakar Yang Pekak. Kita kalau orang panggil pekak agak-agak marah tak? Tentulah marah silap-silap tenggalung (bahasa utagha translation = tumbuk) kat situ jugak haha. Tetapi panggilan itu tidak menjadikan beliau rendah atau hina sebaliknya lebih meninggikan darjat beliau. Ingin tahu kisah beliau? Teruskan membaca.

                Pada zaman dahulu terdapat seorang ulama yang mengajar ratusan anak murid di tempatnya. Nama beliau ialah Abu Bakar. Murid-murid beliau lebih mengenali beliau dengan panggilan Abu Bakar Al-Asim(Abu Bakar Yang Pekak). Mengapa dipanggil sebegitu kepada guru mereka? Hal ini kerana apabila di dalam kelas pengajian pelajar beliau apabila ditanya soalan maka beliau akan berkata “kuatkan suaramu aku tidak mendengar pertanyaanmu” selama 40 tahun beliau membuat begitu sehingga murid-murid beliau sentiasa meninggikan suara jika ingin menanyakan soalan.

                Tetapi pada suatu hari apabila salah seorang murid beliau meninggikan suara untuk bertanya tiba-tiba beliau berkata “tidak perlu meninggikan suaramu aku boleh mendengar”. Murid-murid beliau semuanya tercengang terkejut kerana selama 40 tahun beliau menyuruh mereka meninggikan suara berlagak seperti pekak tetapi pada hari itu beliau tidak lagi pekak. Maka murid-murid beliau bertanya mengapa beliau tidak lagi pekak?

                Abu Bakar memulakan ceritanya, “40 tahun dahulu, ada seorang wanita ingin bertanya soalan kepadaku secara peribadi. Ketika dia sedang bertanya soalan dia terkentut. Aku tahu pasti dia malu maka aku menyuruh dia meninggikan suara dan berpura-pura seperti aku pekak dan tidak mendengar dia kentut (bahasa baik dia buang angin la).  Tetapi semalam dia sudah meninggal maka aku tidak lagi perlu berpura-pura pekak untuk menutup malunya.”

                Begitulah kisah tauladan seorang ulama yang menjaga aib seorang pelajar beliau sehingga sanggup berpura-pura pekak. Oleh sebab itu beliau dikenali dengan nama Abu Bakar Al-Asim, walaupun gelaran yang diberikan kepada beliau bermaksud pekak tetapi makna di sebalik gelaran itu sangatlah mulia.
                Nabi Salallahu Alaihi Wasallam bersabda “sesiapa yang menutup aib/kesalahan orang Muslim maka Allah tutup aibnya di dunia dan diakhirat”  (HR IBNU MAJAH)
                Kita mahu Allah tutup aib kita jadi mengapa kita tidak menutup aib orang lain? Fikirkanlah yeaw


~Hokage Dakwah~
Hokage Dakwah © 2008 Template by:
SkinCorner