Monday, May 23, 2011

Man jadda wajada

Man jadda wajada,
waman zara'a hasada,
siapa berusa dia berjaya,
dan siapa menanam dia menuai.

Ingatlah saudaraku,
Allah tidak akan sesekali,
mengubah nasib sesuatu kaum,
sehingga kaum itu mengubahnya sendiri.


Semuanya dalam genggamanmu,
hanya mahu atau tidak,
segalanya berada dalam tanganmu,
hanya ingin atau tidak,
Segalanya milikmu,
hanya hendak atau tidak.

jikalau kaumahu,
maka usahakanlah,
jikalau kau ingin,
maka cubalah,
jikalau kauhendak,
maka berusahalah.

Masakan Allah telah berjanji,
jikalau kauberusaha secukupnya,
kejayaan hakiki milikmu,
jikalau kaumasih tidak berjaya,
maknanya masih belum cukup usahamu,
maka teruslah berusaha saudaraku,
demi mencapai kejayaanmu.

Al asdiqa'i(kwan2 ku)

Linkin Park pilihan hati,
MRSM penyejuk hati(he3),
orangnya cukup tegas sekali,
itulah dia Aziman kami.

Ajushi itu gelaran untuknya,
KISAS itu menempatkan hatinya(heh3)
Syamim itu nama baginya,
SALmim itu gurau kami untuknya.

Pendiam itu sifat naturalnya,
menolong itu akhlak terpujinya,
ukhwah yang kukuh penting baginya,
Syukri itu isim a'lam baginya.

UMNO, musuh ketatnya,
PAS, dekat di hatinya,
soal agama, serah padanya,
pasti Naufal, beri jawapannya.

Korea tempat segalanya,
dari artis hatta ke drama,
BA tak pernah ditinggalnya,
Muhammad Aizat nama penuhnya.

jika muram harimau dibahamnya,
kalau senyum semuanya ceria,

Shafiqah pula nama orangnya.

Mengucai orang baginya hobi,
dikucai orang tidak sesekali,
karenahnya sering mencuti hati,
Amierah Yusuf nama diberi.

Jarak mungkin memisahkan,
namun ukhwah perlu dieratkan,
Bahasa Arab bahasa Jannatan,
dalam hati mim,Sal tanamkan.

Setakat ini nukilan saya,
hendak menambah tiada idea,
yang tiada jangan kecewa,
lain masa Insha Allah ada.

Nukilan:mucikperlis
Waktu:1725
tarikh:23 mei 2011
inspirasi: sukri abdul hamid
Hokage Dakwah © 2008 Template by:
SkinCorner