Friday, July 29, 2011

Kakak Ker Isteri?

“Hari ni kalau ronda2 di luar ni best ni. Asar solat dah.” Setelah mengambil basikalnya Syamim keluar untuk menghirup udara segar di taman permainan berdekatan rumahnya. Tiba2 sebuah kereta melanggar basikalnya. Pemandu kereta itu rupanya seorang perempuan yang hamper sebaya dengan ibunya. Pemandu tersebut terus memeriksa badan Syamim. Syamim menolak kerana sedar bahawa pemandu itu bukan muhrimnya. Syamim mengalami kelukaan di bahagian lutut dan kaki yang menyebabkan dia tidak mampu berdiri. Pemandu tersebut terus memasukkan Syamim ke dalam keretanya dan memecut kea rah rumahnya yang hanya 2 kilometer dari rumah Syamim.



Di sana Syamim dirawat dengan rawatan awal. Rupa2 nya pemandu itu ialah ibu kepada rakan sekolah Syamim ; Ezzah. Syamim pernah bersekolah di sekolah yang sama dengan Ezzah sewaktu sekolah rendah, tetapi sewaktu di sekolah menengah, Syamim kurang bercakap dengannya kerana masing2 sudah akhil baligh dan mempunyai rasa malu. Ezzah juga turut membantu ibunya; Puan Qahira merawat Syamim. Pada mulanya, Puan Qahira tidak tahu bahawa Syamim dan Ezzah bersekolah di sekolah yang sama sehingga dia bertanya kepada Syamim di mana dia bersekolah. Sejurus kemudian dia bertanya kepada Ezzah pula adakah dia mengenali Syamim. Itulah kali pertama Syamim berbicara dengan Ezzah setelah tiga tahun tidak berinteraksi. Adik Ezzah; Aizat bertanya kepada Qahira berkenaan Syamim. “ Tadi mak terlanggar abang Syamim ni, Aizat. Kesian dia luka dah,’ jawab Qahira. ‘Nanti mak cik hantarkan kamu pulang ke rumah ya Syamim’. Syamim tidak menolak.





Sesampainya mereka di rumah Syamim, Qahira terkejut berjumpa dengan Salwani; kawan karib Qahira semasa di universiti. Syamim menceritakan hal yang sebenar kepada ibunya lalu meminta izin untuk beredar untuk membersihkan dirinya. Ezzah dan Aizat pula hanya menunggu di samping Qahira.

Salwani masih lagi leka berceroteh kisah lama bersama Qahira walaupun sudah sampai waktu Maghrib. Salwani mempelawa mereka untuk bersembahyang di rumah mereka. Mereka bersembahyang berjemaah berimamkan Nabeel; ayah Syamim. Kemudian mereka makan bersama-sama. Dari situ Syamim mendapat tahu bahawa Ezzah kematian bapa tahun lalu. Setelah makan, mereka meminta diri untuk beredar.

Semenjak insiden itu, Syamim makin kerap ke rumah Ezzah untuk menyampaikan khabar kepada Qahira. Sebagai seorang pelajar yang terpintar di sekolahnya, Syamim juga membantu Ezzah dan Aizat dalam pelajaran mereka. Lama-kelamaan hubungan Ezzah dan Syamim makin akrab. Syamim sering mengayuh basikal pergi dan pulang dari sekolah bersama2 Ezzah.

Satu hari Syamim secara tidak sengaja terpanggil Qahira dengan panggilan ‘Mak’. Syamim meminta maaf tetapi dipintas oleh Qahira. ‘Mak tak kisah kamu panggil mak begitu. Kamu pun dah macam anak kandung mak. Aizat dan Ezzah boleh jadi adik angkat kamu. Pada awalnya Syamim kekok untuk memanggil Aizat adik tetapi lama-kelamaan dia makin biasa. Bagi Ezzah pula, Syamim masih belum pasti siapa antara mereka yang lebih tua. Rupa2nya mereka berkongsi tarikh lahir yang sama **/**/1995. Jurang antara umur mereka hanyalah Syamim lahir 12 minit lebih lewat daripada Ezzah maka dia memanggil Ezzah kakak.

Dua bulan sudah berlalu setelah insiden itu berlaku tetapi hubungan mereka masih akrab. Kadangkala Ezzah yang datang dan belajar di rumah Syamim. Syamim yang merupakan anak tunggal memang suka akan kehadiran Ezzah dan Aizat yang menceriakan lagi hidupnya.Setengah jam sebelum matahari terbenam di perut bumi, Ezzah akan pulang ditemani Syamim. Ezzah tahu batas pergaulannya dengan Syamim jadi dia tidak mahu terlalu lama di rumah Syamim, begitu juga Syamim.



Keakraban mereka berlarutan sehingga pada suatu hari, Qahira jatuh sakit. Nabeel menghantar Qahira yang ditemani Salwani,Syamim,Ezzah dan Aizat.

Doktor memberitahu bahawa Qahira menghidapi penyakit SLE sudah hampir dua tahun. Qahira sahaja yang menyembunyikan dari pengetahuan orang lain. Dua hari kemudian, keadaan Qahira semakin kritikal.Salwani dipanggil untuk berjumpa dengan Qahira. Qahira menyampaikan hajatnya untuk meminta Salwani menjaga anak2nya setelah ketiadaannya. Qahira yang merupakan anak tunggal yang yatim piatu tiada pilihan lahin selain menyerahkan anak2nya kepada Salwani. Salwani menerima mereka dengan hati yang terbuka. Qahira juga memberikan sebuah cd yang berisi video wasiat terakhirnya. Qahira mengamanahkan wasiat itu dibuka 10 tahun dari sekarang apabila genap Syamim dan Ezzah 25 tahun. Beberapa minit kemudian Qahira menghembuskan nafasnya yang terakhir. Setelah dimandi dan dikafankan, Syamim mengambil tugas sebagai imam bagi mengimamkan solat jenazah bagi ibu angkatnya itu. Ezzah menangis teresak2 di dakapan Aizat. Syamim juga menangis memeluk Salwani; ibunya.



Setelah Qahira dikebumikan, Syamim masih lagi berada di kubur Qahira untuk menghadiahkan Yassin bersama2 Ezzah. Kemudian, Ezzah mengemas pakaiannya dan Aizat untuk berpindah ke rumah Syamim seperti wasiat Qahira.





Kendatipun hanya anak angkat, Syamim amat menyayangi Qahira dan masih lagi bersedih walaupun setelah dua bulan berlalu. Setiap malam selepas solat Maghrib berjemaah bersama2 Ezzah, Syamim akan menghadiahkan Yassin buat Qahira sebelum meneruskan ulangkajinya.

Syamim tidur bersama Aizat manakala Ezzah tidur di bilik yang berlainan. Walaupun agak kekok pada mulanya, Ezzah dan Aizat sudah boleh memanggil Salwani ‘ibu’ dan Nabeel ‘abah’. Walaupun sudah tinggal di bawah satu bumbung, Syamim dan Ezzah masih lagi menjaga batas2 pergaulan. Setiap masa Ezzah akan memakai tudung kecuali ketika berada didalam biliknya sendirian demi menutup auratnya daripada ditatapi bukan muhrimnya.



Selepas beberapa bulan, Syamim makin ceria dan tidak lagi bersedih. Dia sudah dapat menerima pemergian ibu angkatnya. Dia sudah mula berjenaka semula dengan Ezzah dan rakan2nya yang lain. Rakan2nya juga mula menyedari betapa akrabnya hubungan Syamim dan Ezzah. Ramai yang menyakat mereka sebagai pasangan kekasih.

************************************************************** keputusan PMR sudah pun dikeluarkan. Syamim dan Ezzah mendapat keputusan yang baik;9a. walaupun ditawarkan dengan sekolah2 yang berprestasi tinggi Syamim dan Ezzah tetap setia kepada SMKA* yang telah mendidik mereka. Mereka terus belajar di tingkatan 4 dan menghadapi SPM pula kemudiannya di tingkatan 5. Setelah mendapat keputusan SPM, Syamim mendapat tawaran untuk ke universiti di Kanada dalam jurusan kedoktoran manakala Ezzah mendapat tawaran ke Timur Tengah dalam jurusan Usuluddin. Walaupun berat hati mereka terpaksa berpisah.



Walaupun terpisah secara fizikal tetapi mereka masih lagi berhubung melalui telefon bimbit dan laman web sosial Facebook. Kini Cuma tinggal setahun sebelum jurusan masing tamat dan mereka boleh pulang ke tanah air yang tercinta. Syamim sangat teruja, bukan untuk berjumpa Salwani mahupun Nabeel tetapi untuk berjumpa Ezzah. Begitu juga keadaannya bagi Ezzah.





Akhirnya masanya sudah tiba, Syamim dan Ezzah pulang ke pangkuan keluarga mereka. Syamim dan Ezzah membawa kembali pelbagai cenderamata buat Salwani, Nabeel dan Aizat. Begitu banyak pengalaman yang mereka mahu ceritakan tetapi kepenatan menghalang mereka.

Seminggu kemudian Syamim menerima tawaran bekerja di Hospital Tengku Fauziah sebagai doktor bedah. Tiga hari kemudian pula Ezzah menerima panggilan untuk temu duga di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin untuk mengajar Usuluddin. Kini mereka dapat membayar serba sedikit pengorbanan ibu bapa mereka. Aizat yang baru tingkatan 3 pula akan menduduki PMR pada tahun tersebut.



Akhirnya hari yang ditunggu2 oleh Salwani pun tiba. Hari dimana Syamim dan Ezzah genap 25 tahun. Hari di mana wasiat terakhir Qahira akan dibacakan.

Pada awalnya Syamim merancang untuk makan di luar tetapi Salwani mematahkan cadangan Syamim kerana ingin menyampaikan wasiat Qahira.

Setelah solat Isya’ berjemaah, Syamim, Ezzah, Aizat, Nabeel, dan Salwani berkumpul di ruang tamu. Salwani mengeluarkan pita video yang diamanahkan kepadanya 10 tahun lepas dan memainkannya.



‘Kalau Ezzah dan Syamim mendengar suara mak sekarang maksudnya genaplah kamu 25 tahun. Pertamanya mak hendak ucapkan selamat hari lahir dan semoga panjang umur. Terima kasih Salwani kerana telah menjaga wasiat ini selama 10 tahun. Aizat, sekarang kamu sepatutnya sudah 15 tahun, dah remaja, jaga tingkah laku kamu seperti abang Syamim. Ezzah dan Syamim, kini kamu sudah 25 tahun, inilah kandungan utama wasiat ini. Mak mahu jodohkan kamu berdua. Itu pun kalau Salwani setuju? Setelah kamu berkahwin pergi ke pejabat perguaman ******* di Kangar. Di sana, mak sudah pun upah seorang peguam untuk menjaga harta mak yang bernilai RM150k, gunakan duit ini sebaik mungkin, sekian.” Video itu tamat. Syamim dan Ezzah menangis teresak2,merindui suara Qahira itu. Dalam masa yang sama, mereka juga bingung sama ada mereka dapat menerima satu sama lain dengan seadanya.





Malam itu, syamim tidak dapat melelapkan mata lalu mereka menunaikan solat istikharah untuk medapat petunjuk. Hanya selepas solat dia berasa mengantuk dan terus tidur di samping Aizat yang sudah lama dibuai mimpi. Di dalam mimpinya dia bertemu dengan Qahira. Qahira meluru dan menerpa Syamim. Syamim meleraikan pelukan itu kerana Qahira bukan muhrimnya. “jangan risau Syamim, mak kan mak mentua kamu. Nikahilah Ezzah kerana dia juga mencintai kamu sedalam mana kamu mencintai dia”.

Keesokan harinya, Syamim memberitahu Salwani bahawa dia bersedia untuk menikahi Ezzah. Ezzah juga bersetuju. Maka berlangsunglah perkahwinan mereka dengan gilang gemilangnya. Aizat menjadi wali kepada Ezzah.

Setelah penat bergelar raja sehari, Syamim dan Ezzah berada bersendirian di dalam bilik mereka di rumah yang baru dibeli mereka seminggu sebelum majlis perkahwinan. Walaupun sering bergurau senda suatu masa dahulu, pertukaran status kepada suami isteri memberikan perasaan baru kepada mereka dan menjadikan mereka tersipu2 malu.

Kehidupan seharian mereka berjalan seperti biasa, Syamim dan Ezzah pergi ke kerja dan pulang dijemput oleh Syamim yang kini memandu kereta Toyota Vios yang baru sahaja dibeli mereka. Semakin hari mereka semakin bahagia. Ezzah sentiasa menghiburkan hati Syamim yang kepenatan setelah bekerja. Syamim juga selalu membantu Ezzah dengan kerja2 rumah.



Kini hanya tinggal satu masalah. Apa yang harus dilakukan dengan duit wasiat Salwani? Syamim pernah terfikir untuk membuka bisnes di Jitra di mana saudara maranya dapat membantu. Cadangan itu juga diterima Ezzah. Akhirnya berdirilah sebuah syarikat yang bernama Syukur Pencaktari di bawah pimpinan bapa saudara Syamim; Syukur Abdullah. Bisnes mereka semakin baik.

Kini Syamim mampu meraih keuntungan RM 50K sebulan. Wang inidigunakan untuk membayar gaji pekerjanya yang semuanya bapa2 saudara dan emak2 saudara Syamim yang dilanda kemiskinan.



Sejak akhir2 ini Ezzah kerap batuk-batuk dan lenguh di sendi. Syamim semakin runsing dengan masalah Ezzah yang makin menjadi2. Syamim terus membawa Ezzah kepada kenalannya yang sama2 belajar dengannya di Kanada. Mengikut kenalannya, Ezzah menghidapi SLE daripada keturunannya. Syamim juga diberitahu Ezzah hanya mampu hidup untuk beberapa minggu sahaja lagi. Mengetahui ini membuatkan Syamim berhenti kerja dan menumpukan perhatian kepada Ezzah. Dia ingin menghabiskan masa untuk memenuhi kehendak Ezzah seperti melancong tetapi Ezzah menolak. ‘Abang, Ezzah tak nak semua tu abang, Ezzah cuma hendak abang sentiasa bersama Ezzah sekarang. Ezzah tahu masa Ezzah sudah tidak lama, abang jagalah Aizat. Maaf kita tidak sempat mempunyai cahaya mata. Bukan Ezzah tidak mahu tetapi Ezzah tidak mahu anak kita menanggung penyakit Ezzah ni abang. Maafkan Ezzah,’ bilang Ezzah. Syamim menangis teresak2 dan semenjak hari itu dia senantiasa membaca Al-Quran buat isterinya dan tidak henti2 berdoa agar Allah memanjangkan umurnya.





Tiga minggu kemudian, doktor mengesahkan Ezzah tidak lagi menghidapi penyakit itu dan juga keturunannya akan bebas daripada penyakit itu. Syamim yang mendapat berita itu menangis kegembiraan dan mendakap Ezzah seerat2nya. ‘Ezzah, sekarang kita dah boleh ada anak, kita boleh hidup bahagia. Ezzah tak perlu bimbang tentang penyakit itu lagi.’ Ezzah juga menangis kegembiraan dan membalas dakapan Syamim itu. ‘ Bermula daripada menjadi seorang kakak kepada abang, kini Ezzah adalah isteri abang, kakak abang adalah isteri abang. TAMAT



Begitu lah Allah mampu mengubati penyakit SLE yang boleh membawa maut ini sekiranya kita beriktihar. Benarlah tiada penyakit yang tidak boleh diubati kecuali mati.

Maaf, Aku Tak Mampu


Tengok tajuk post nih mesti pelik kan? tengtiba ja x mampu... x mampu buat pa tak taw la haha... Actually baru2 nh mucik ada mimpi yang kawan(perempuan) mucik, hampir diperkosa... tp mucik x mampu nak buat apa2 pun... lepas bangun dari tidur pun mucik masih rasa benda tuh real... so mucik mmg rasa betol2 bersalah kat kwn mucik tuh...asif ya ukhti(maaf wahai saudaraku T.T)... p skolah mucik jumpa dengan dia hari2 so mucik rasa bersalah sgt2... so mucik rasa mcm nak lari dari jumpa dia skejap... tp waktu mucik nk lari dari dia, waktu tuh la jgak dia mula dtg dekat... walaupun bukan nak berurusan dengan mucik tapi still datang dekat T.T... susah nak lari daripada kawan2 yg mucik dah anggao mcm adik-beradik mucik sendiri... sbb tu la mucik kena lbh bersedia untuk melindungi kawan2 mucik... mucik x nak mucik jadi benda yg dilindungi tapi mucik nak jadi perlindungan untuk kawan2 mucik....mucik kena kuat berusaha untuk menjaga kawan2 mucik... bukan stakat kawan2 malah adik bongsu mucik pun sma jgak... dia satu2 nya adik perempuan mucik, n sbgai abg sulung, mucik akan menjaga dia sebaik mungkin... n mungkin anak2 perempuan muck satu hari nanti... tapi, terdetik kat hati mucik... tu baru seorang, mcm mana kawan2 perempuan mucik yang lain.. Mucik tak mampu ka nak selamatkan mereka semua kalau benda ni betul2 berlaku?!?! mucik kena start amik tindakan... x smestinya mucik kena membunuh para perogol untuk menghalang kes rogol/zina... Nabi SAW dah ajar semuanya, mucik boleh berdakwah, boleh bagi nasihat.... x dak makna mucik blajar dekat sekolah agama kalau x bleh tlg orang laen.. ibu mucik hantar mucik ke sini bukan untuk balajar saja tanpa ada kesan... mucik kena gunakan ilmu yg mucik ada untuk memimpin orang lain ke arah kebenaran.... sesuai la dengan nama mucik:MUSYRIF(PEMIMPIN) insya allah mucik akan melakukan yang terbaik... doakan kejayaan mucik... tentang kawan dalam mimpi mucik tuh, biarlah mucik dan Allah saja yang tahu.... sesungguhnya dia amat bermakna buat mucik....

Saturday, July 16, 2011

Aku Dia Dan Kimia


Tadi baru balik dari tuisyen kimia.Sebut ja kimia terus mucik teringat kat sorang nh. sebnarnya dlu Mucik pernah nak tukar aliran akaun sbb tak tahan blajar kimia;susah sgt.Tp skrg kimia subjek feveret mucik n subjek yg Mucik nak jadikan karier Mucik. Mucik nak jadi ahli Farmasis.. hu3.. sbb ahli farmasis nh berniaga.. ikut sunnah tuh.. n Mucik dapat gunakan subjek kimia ^^... sbnarnya Mucik kena bnyk berterima kasih kat Dia*... Dia slalu bg smgat supaya Mucik tros kekal dkat aliran sains.. Mucik rasa mmg dya pown akan tentang Mucik habis habisan kalau Mucik gtaw yg mucik nk tukar aliran... Mmg Mucik terhutang budi sgt2 dgn dya.. Sbb kalau Mucik tukar aliran dlu mesti mucik akan hilang salah satu best subject Mucik.. Periksa baru nh subject Mucik yg second highest Kimia la... Math mode highest sbb mmg Mucik minat Math dari 2 tahun lpas lag... sbb Dia* jugak... rupa2nya Dia* pown minat Kimia jugak tpi dya x mnat add m3.. tp Mucik minat la jgak add m3.. he3..

Friday, July 8, 2011

Debat Bahasa Arab


Salam, sori lama x update blog.. sibuk la katakan... Bulan lepas Mucik pergi Universiti Sains Islam Malaysia(USIM),Negeri Sembilan... Mucik pergi sbab terpilih wakil sekolah dlm pertandingan Debat Bahasa Arab peringkat kebangsaan... Alhamdulillah dapat markah merid keh3... sng nak masuk Universiti...bukan tu ja, p sana Mucik dapat pengalaman and kawan2 baru, dari sarawak yg plg rapat sbb duduk serumah dgn kitorang...

Bukan Mucik sorang ja wakil skolah, mucik satu team dgn Naufal, Syamil, dengan muhaimin. kitorang p sana dgn bas SMKAP... p skali dgn wakil smkap n Maad... diorang beruntung sbb skolah diorang pnah msuk da taon lpas so diorang taw cara2 dya... bg SMKAA mucik nh ni la first time masok n latihan seryes x ckup... tp naseb bek ustaz2 mucik buatkan text tuk kitorang... yg sedihnya mucik jd waziru aldifa' n ma'rid Thalith (menteri pertahanan n pembangkang ketiga) so mmg mucik kna buat text onspot waktu tgh lwan T.T... mucik cuma leh guna perkataan wajib mcm pendahuluan dgn penutup.. yg len mucik kena reka onspot sbb kerja mucik cuma bangkang pihak lawan....

first day sampai tuh perlis antara yang pertama la smpai so kitorang check in dlu malam tuh... muhaimin n syamil sungguh2 berlatih tp mucik buat tatao ja :P sbb still x dak pengalaman... naufal berlatih la jgk skit2... malam skit lbh kurang pukul 12 tuh mai wakil dari sarawak ^^... TUNAZ (SMK Tun Ahmad Zaidi):mizul dgn firman... diorang mmg peramah.. siap bg tips tuk mucik sbb diorang da dkt setaon berlatih... mlm pertama kitorang da tido skali dkt ruang tamu sbb kipas dlam bilik rosak n seryes panas... > < sbb tu la tdo kat ruang tamu....

second day aktiviti start mlm... pihak USIM bg taklimat cara nak lawan debat (padahal tak paham pa pown).... pas2 undi first round spa lawan spa... undi2 ja kami kna lawan dgn FALAHIAH: naib juara tahun 2008 o.0!!!! so smgat mula down... mlm tuh kami pakat2 berlatih ar tuk lawan sok pg nh.... sok pg tuh kami lawan ngan FALAHIAH... kami jadi pembangkang... last2 kami mng.. alhamdulillah.. mng 3-0 plak tuh he3... tp muhaimin yg dapat pembahas terbaik.... lps mng skali bru ada smgat nk mng lagi n lagi... second round kami lawan dgn SMK kota Kinabalu... ustaz n ustazah mucik mmg da warning awal2 da yg diorang mmg terer... last2 kitorang still kalah tapi 2-1 ja... so kitorang kalah tipis... x pa insyallah kitorang rematch blk taon dpan hak3... 3rd match tu mula la ltih..bygkan 3 round sehari... seryes pnat.. kitorang lawan dgn smk dato bandar salak tinggi kot... diorang sama ngan kitorang... penat gak... mucik ckap ala kadar ja... siap silap isi lagi... mucik guna isi yg tlg pihak lawan > <... terkering btol... tapi ttp mng 3-0... ajaib btol hak3... tp skali lagi muhaimin yg dpt pendebat terbaik...

3rd day... kitorang lawn 4rth round plak... ini la kebanggaan mucik.. sbb waktu nh mucik da reti da nak balas mudakhalah (izin laluan).... mmg best ar sbb mcm kita berkomunikasi dan bkan hnya membaca text... kitorang mng 3-0 dgn SMKA Kuala Lumpur... dan mucik dapat pembahas terbaik ^^ syukur alhamdulillah.... tapi 5th round yg plg geram... kitorang lawan dgn Hamidiah... seryes sakit hati.. dlm debat diorang kata kitorang ssat la.. ish sakit hati btol.... pas2 lps lwan bertgor spa pown xmo... smbong btol... taw la kitorang kalah... kitorang mng dgn FALAHIAH tp lpas tuh jdi kawan bek gak... smbang elok ja.. xdak gado2 pown... 6th round kitorang lawan dgn SMK tok jiring... ptotnya kalu nk ikut kitorang bleh mng tapi apakan daya... text syamil n muhaimin sukar untuk dibaca tulisan payah nak paham... T.T mucik plak hilang text...kitorang kalah 3-0... mlu gila...

so kitorang mng 3 kalah 3.. tapi kitorang dapat 10 markah sbb ada 1 mrkah tambahan time lawan dgn smkkk.... last2 dpt no 21/50.. pencapaian terbaik waktu 4rth round dpt no 5/50... x pa.. kemenangan x pnting yg penting pengalaman tuh... skrng nh mucik da bleh ckp arab tanpa rasa takut salah or mlu bla ckp ngan kengkawan n ustaz2.... best2 ^.^....
Hokage Dakwah © 2008 Template by:
SkinCorner