Friday, July 29, 2011

Kakak Ker Isteri?

“Hari ni kalau ronda2 di luar ni best ni. Asar solat dah.” Setelah mengambil basikalnya Syamim keluar untuk menghirup udara segar di taman permainan berdekatan rumahnya. Tiba2 sebuah kereta melanggar basikalnya. Pemandu kereta itu rupanya seorang perempuan yang hamper sebaya dengan ibunya. Pemandu tersebut terus memeriksa badan Syamim. Syamim menolak kerana sedar bahawa pemandu itu bukan muhrimnya. Syamim mengalami kelukaan di bahagian lutut dan kaki yang menyebabkan dia tidak mampu berdiri. Pemandu tersebut terus memasukkan Syamim ke dalam keretanya dan memecut kea rah rumahnya yang hanya 2 kilometer dari rumah Syamim.



Di sana Syamim dirawat dengan rawatan awal. Rupa2 nya pemandu itu ialah ibu kepada rakan sekolah Syamim ; Ezzah. Syamim pernah bersekolah di sekolah yang sama dengan Ezzah sewaktu sekolah rendah, tetapi sewaktu di sekolah menengah, Syamim kurang bercakap dengannya kerana masing2 sudah akhil baligh dan mempunyai rasa malu. Ezzah juga turut membantu ibunya; Puan Qahira merawat Syamim. Pada mulanya, Puan Qahira tidak tahu bahawa Syamim dan Ezzah bersekolah di sekolah yang sama sehingga dia bertanya kepada Syamim di mana dia bersekolah. Sejurus kemudian dia bertanya kepada Ezzah pula adakah dia mengenali Syamim. Itulah kali pertama Syamim berbicara dengan Ezzah setelah tiga tahun tidak berinteraksi. Adik Ezzah; Aizat bertanya kepada Qahira berkenaan Syamim. “ Tadi mak terlanggar abang Syamim ni, Aizat. Kesian dia luka dah,’ jawab Qahira. ‘Nanti mak cik hantarkan kamu pulang ke rumah ya Syamim’. Syamim tidak menolak.





Sesampainya mereka di rumah Syamim, Qahira terkejut berjumpa dengan Salwani; kawan karib Qahira semasa di universiti. Syamim menceritakan hal yang sebenar kepada ibunya lalu meminta izin untuk beredar untuk membersihkan dirinya. Ezzah dan Aizat pula hanya menunggu di samping Qahira.

Salwani masih lagi leka berceroteh kisah lama bersama Qahira walaupun sudah sampai waktu Maghrib. Salwani mempelawa mereka untuk bersembahyang di rumah mereka. Mereka bersembahyang berjemaah berimamkan Nabeel; ayah Syamim. Kemudian mereka makan bersama-sama. Dari situ Syamim mendapat tahu bahawa Ezzah kematian bapa tahun lalu. Setelah makan, mereka meminta diri untuk beredar.

Semenjak insiden itu, Syamim makin kerap ke rumah Ezzah untuk menyampaikan khabar kepada Qahira. Sebagai seorang pelajar yang terpintar di sekolahnya, Syamim juga membantu Ezzah dan Aizat dalam pelajaran mereka. Lama-kelamaan hubungan Ezzah dan Syamim makin akrab. Syamim sering mengayuh basikal pergi dan pulang dari sekolah bersama2 Ezzah.

Satu hari Syamim secara tidak sengaja terpanggil Qahira dengan panggilan ‘Mak’. Syamim meminta maaf tetapi dipintas oleh Qahira. ‘Mak tak kisah kamu panggil mak begitu. Kamu pun dah macam anak kandung mak. Aizat dan Ezzah boleh jadi adik angkat kamu. Pada awalnya Syamim kekok untuk memanggil Aizat adik tetapi lama-kelamaan dia makin biasa. Bagi Ezzah pula, Syamim masih belum pasti siapa antara mereka yang lebih tua. Rupa2nya mereka berkongsi tarikh lahir yang sama **/**/1995. Jurang antara umur mereka hanyalah Syamim lahir 12 minit lebih lewat daripada Ezzah maka dia memanggil Ezzah kakak.

Dua bulan sudah berlalu setelah insiden itu berlaku tetapi hubungan mereka masih akrab. Kadangkala Ezzah yang datang dan belajar di rumah Syamim. Syamim yang merupakan anak tunggal memang suka akan kehadiran Ezzah dan Aizat yang menceriakan lagi hidupnya.Setengah jam sebelum matahari terbenam di perut bumi, Ezzah akan pulang ditemani Syamim. Ezzah tahu batas pergaulannya dengan Syamim jadi dia tidak mahu terlalu lama di rumah Syamim, begitu juga Syamim.



Keakraban mereka berlarutan sehingga pada suatu hari, Qahira jatuh sakit. Nabeel menghantar Qahira yang ditemani Salwani,Syamim,Ezzah dan Aizat.

Doktor memberitahu bahawa Qahira menghidapi penyakit SLE sudah hampir dua tahun. Qahira sahaja yang menyembunyikan dari pengetahuan orang lain. Dua hari kemudian, keadaan Qahira semakin kritikal.Salwani dipanggil untuk berjumpa dengan Qahira. Qahira menyampaikan hajatnya untuk meminta Salwani menjaga anak2nya setelah ketiadaannya. Qahira yang merupakan anak tunggal yang yatim piatu tiada pilihan lahin selain menyerahkan anak2nya kepada Salwani. Salwani menerima mereka dengan hati yang terbuka. Qahira juga memberikan sebuah cd yang berisi video wasiat terakhirnya. Qahira mengamanahkan wasiat itu dibuka 10 tahun dari sekarang apabila genap Syamim dan Ezzah 25 tahun. Beberapa minit kemudian Qahira menghembuskan nafasnya yang terakhir. Setelah dimandi dan dikafankan, Syamim mengambil tugas sebagai imam bagi mengimamkan solat jenazah bagi ibu angkatnya itu. Ezzah menangis teresak2 di dakapan Aizat. Syamim juga menangis memeluk Salwani; ibunya.



Setelah Qahira dikebumikan, Syamim masih lagi berada di kubur Qahira untuk menghadiahkan Yassin bersama2 Ezzah. Kemudian, Ezzah mengemas pakaiannya dan Aizat untuk berpindah ke rumah Syamim seperti wasiat Qahira.





Kendatipun hanya anak angkat, Syamim amat menyayangi Qahira dan masih lagi bersedih walaupun setelah dua bulan berlalu. Setiap malam selepas solat Maghrib berjemaah bersama2 Ezzah, Syamim akan menghadiahkan Yassin buat Qahira sebelum meneruskan ulangkajinya.

Syamim tidur bersama Aizat manakala Ezzah tidur di bilik yang berlainan. Walaupun agak kekok pada mulanya, Ezzah dan Aizat sudah boleh memanggil Salwani ‘ibu’ dan Nabeel ‘abah’. Walaupun sudah tinggal di bawah satu bumbung, Syamim dan Ezzah masih lagi menjaga batas2 pergaulan. Setiap masa Ezzah akan memakai tudung kecuali ketika berada didalam biliknya sendirian demi menutup auratnya daripada ditatapi bukan muhrimnya.



Selepas beberapa bulan, Syamim makin ceria dan tidak lagi bersedih. Dia sudah dapat menerima pemergian ibu angkatnya. Dia sudah mula berjenaka semula dengan Ezzah dan rakan2nya yang lain. Rakan2nya juga mula menyedari betapa akrabnya hubungan Syamim dan Ezzah. Ramai yang menyakat mereka sebagai pasangan kekasih.

************************************************************** keputusan PMR sudah pun dikeluarkan. Syamim dan Ezzah mendapat keputusan yang baik;9a. walaupun ditawarkan dengan sekolah2 yang berprestasi tinggi Syamim dan Ezzah tetap setia kepada SMKA* yang telah mendidik mereka. Mereka terus belajar di tingkatan 4 dan menghadapi SPM pula kemudiannya di tingkatan 5. Setelah mendapat keputusan SPM, Syamim mendapat tawaran untuk ke universiti di Kanada dalam jurusan kedoktoran manakala Ezzah mendapat tawaran ke Timur Tengah dalam jurusan Usuluddin. Walaupun berat hati mereka terpaksa berpisah.



Walaupun terpisah secara fizikal tetapi mereka masih lagi berhubung melalui telefon bimbit dan laman web sosial Facebook. Kini Cuma tinggal setahun sebelum jurusan masing tamat dan mereka boleh pulang ke tanah air yang tercinta. Syamim sangat teruja, bukan untuk berjumpa Salwani mahupun Nabeel tetapi untuk berjumpa Ezzah. Begitu juga keadaannya bagi Ezzah.





Akhirnya masanya sudah tiba, Syamim dan Ezzah pulang ke pangkuan keluarga mereka. Syamim dan Ezzah membawa kembali pelbagai cenderamata buat Salwani, Nabeel dan Aizat. Begitu banyak pengalaman yang mereka mahu ceritakan tetapi kepenatan menghalang mereka.

Seminggu kemudian Syamim menerima tawaran bekerja di Hospital Tengku Fauziah sebagai doktor bedah. Tiga hari kemudian pula Ezzah menerima panggilan untuk temu duga di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin untuk mengajar Usuluddin. Kini mereka dapat membayar serba sedikit pengorbanan ibu bapa mereka. Aizat yang baru tingkatan 3 pula akan menduduki PMR pada tahun tersebut.



Akhirnya hari yang ditunggu2 oleh Salwani pun tiba. Hari dimana Syamim dan Ezzah genap 25 tahun. Hari di mana wasiat terakhir Qahira akan dibacakan.

Pada awalnya Syamim merancang untuk makan di luar tetapi Salwani mematahkan cadangan Syamim kerana ingin menyampaikan wasiat Qahira.

Setelah solat Isya’ berjemaah, Syamim, Ezzah, Aizat, Nabeel, dan Salwani berkumpul di ruang tamu. Salwani mengeluarkan pita video yang diamanahkan kepadanya 10 tahun lepas dan memainkannya.



‘Kalau Ezzah dan Syamim mendengar suara mak sekarang maksudnya genaplah kamu 25 tahun. Pertamanya mak hendak ucapkan selamat hari lahir dan semoga panjang umur. Terima kasih Salwani kerana telah menjaga wasiat ini selama 10 tahun. Aizat, sekarang kamu sepatutnya sudah 15 tahun, dah remaja, jaga tingkah laku kamu seperti abang Syamim. Ezzah dan Syamim, kini kamu sudah 25 tahun, inilah kandungan utama wasiat ini. Mak mahu jodohkan kamu berdua. Itu pun kalau Salwani setuju? Setelah kamu berkahwin pergi ke pejabat perguaman ******* di Kangar. Di sana, mak sudah pun upah seorang peguam untuk menjaga harta mak yang bernilai RM150k, gunakan duit ini sebaik mungkin, sekian.” Video itu tamat. Syamim dan Ezzah menangis teresak2,merindui suara Qahira itu. Dalam masa yang sama, mereka juga bingung sama ada mereka dapat menerima satu sama lain dengan seadanya.





Malam itu, syamim tidak dapat melelapkan mata lalu mereka menunaikan solat istikharah untuk medapat petunjuk. Hanya selepas solat dia berasa mengantuk dan terus tidur di samping Aizat yang sudah lama dibuai mimpi. Di dalam mimpinya dia bertemu dengan Qahira. Qahira meluru dan menerpa Syamim. Syamim meleraikan pelukan itu kerana Qahira bukan muhrimnya. “jangan risau Syamim, mak kan mak mentua kamu. Nikahilah Ezzah kerana dia juga mencintai kamu sedalam mana kamu mencintai dia”.

Keesokan harinya, Syamim memberitahu Salwani bahawa dia bersedia untuk menikahi Ezzah. Ezzah juga bersetuju. Maka berlangsunglah perkahwinan mereka dengan gilang gemilangnya. Aizat menjadi wali kepada Ezzah.

Setelah penat bergelar raja sehari, Syamim dan Ezzah berada bersendirian di dalam bilik mereka di rumah yang baru dibeli mereka seminggu sebelum majlis perkahwinan. Walaupun sering bergurau senda suatu masa dahulu, pertukaran status kepada suami isteri memberikan perasaan baru kepada mereka dan menjadikan mereka tersipu2 malu.

Kehidupan seharian mereka berjalan seperti biasa, Syamim dan Ezzah pergi ke kerja dan pulang dijemput oleh Syamim yang kini memandu kereta Toyota Vios yang baru sahaja dibeli mereka. Semakin hari mereka semakin bahagia. Ezzah sentiasa menghiburkan hati Syamim yang kepenatan setelah bekerja. Syamim juga selalu membantu Ezzah dengan kerja2 rumah.



Kini hanya tinggal satu masalah. Apa yang harus dilakukan dengan duit wasiat Salwani? Syamim pernah terfikir untuk membuka bisnes di Jitra di mana saudara maranya dapat membantu. Cadangan itu juga diterima Ezzah. Akhirnya berdirilah sebuah syarikat yang bernama Syukur Pencaktari di bawah pimpinan bapa saudara Syamim; Syukur Abdullah. Bisnes mereka semakin baik.

Kini Syamim mampu meraih keuntungan RM 50K sebulan. Wang inidigunakan untuk membayar gaji pekerjanya yang semuanya bapa2 saudara dan emak2 saudara Syamim yang dilanda kemiskinan.



Sejak akhir2 ini Ezzah kerap batuk-batuk dan lenguh di sendi. Syamim semakin runsing dengan masalah Ezzah yang makin menjadi2. Syamim terus membawa Ezzah kepada kenalannya yang sama2 belajar dengannya di Kanada. Mengikut kenalannya, Ezzah menghidapi SLE daripada keturunannya. Syamim juga diberitahu Ezzah hanya mampu hidup untuk beberapa minggu sahaja lagi. Mengetahui ini membuatkan Syamim berhenti kerja dan menumpukan perhatian kepada Ezzah. Dia ingin menghabiskan masa untuk memenuhi kehendak Ezzah seperti melancong tetapi Ezzah menolak. ‘Abang, Ezzah tak nak semua tu abang, Ezzah cuma hendak abang sentiasa bersama Ezzah sekarang. Ezzah tahu masa Ezzah sudah tidak lama, abang jagalah Aizat. Maaf kita tidak sempat mempunyai cahaya mata. Bukan Ezzah tidak mahu tetapi Ezzah tidak mahu anak kita menanggung penyakit Ezzah ni abang. Maafkan Ezzah,’ bilang Ezzah. Syamim menangis teresak2 dan semenjak hari itu dia senantiasa membaca Al-Quran buat isterinya dan tidak henti2 berdoa agar Allah memanjangkan umurnya.





Tiga minggu kemudian, doktor mengesahkan Ezzah tidak lagi menghidapi penyakit itu dan juga keturunannya akan bebas daripada penyakit itu. Syamim yang mendapat berita itu menangis kegembiraan dan mendakap Ezzah seerat2nya. ‘Ezzah, sekarang kita dah boleh ada anak, kita boleh hidup bahagia. Ezzah tak perlu bimbang tentang penyakit itu lagi.’ Ezzah juga menangis kegembiraan dan membalas dakapan Syamim itu. ‘ Bermula daripada menjadi seorang kakak kepada abang, kini Ezzah adalah isteri abang, kakak abang adalah isteri abang. TAMAT



Begitu lah Allah mampu mengubati penyakit SLE yang boleh membawa maut ini sekiranya kita beriktihar. Benarlah tiada penyakit yang tidak boleh diubati kecuali mati.

2 comments:

Nor Shafiqah said...

tudiaa ah.. unik2 nma.. haha . ap2 pn, best2. :)

Hokage Dakwah said...

Kawan2 kita pnya nma... Time nh syamim ngan sal x bapa nk rpt klo x bek boh sal jd ezzah haha

Post a Comment

Hokage Dakwah © 2008 Template by:
SkinCorner