Sunday, November 9, 2014

Tiada paksaan didalam agama?

“La Ikraha Fid Din”-Tiada paksaan di dalam agama

                Assalamualaikum semua! Sudah pasti ramai di antara kita mengetahui ayat ini dan mungkin juga pernah menggunakannya dalam beberapa situasi dalam kehidupan seharian. Ayat ini sangat popular digunakan terutamanya di kalangan orang-orang yang ingin melarikan diri dari ditegur. Selalu kita lihat apabila seseorang ditegur contohnya tentang aurat, atau tentang kata-kata atau mungkin juga tentang ikhtilat maka untuk mempertahankan ego dan ingin nampak alim maka selalu diucapkan ayat ini.

Contoh situasi  :-

Aminah                : Weyh amirah tudung kau ni cantik la, tapi kalau lagi labuh lagi cantik sebab tak                                 menutup dada ni.
Amirah                 : alah macam ni la fesyen, baru up to date.
Aminah                : up to date pun biarlah menutup aurat. Ini agak-agak Allah redha tak kau pakai              macamni?
Amirah                 : alah kubur masing-masing la. Kau mana boleh paksa-paksa aku. Tak tahu ka                 Allah berfirman La Ikraha Fid Din? Harap j
a sekolah agama ayat Al-Quran pun         tak tahu.

                           

Pernah berjumpa dengan situasi seakan-akan di atas? Sudah tentu pernah kerana
terlalu banyak Kita lihat kejadian seumpama ini tidak kira di alam media sosial mahupun di alam realiti. Maka orang-orang seperti ini layak dibaling dengan keyboard. Tetapi kalau difikirkan kembali apa yang sepatutnya Aminah jawab kepada Amirah? Dia sudahpun mengeluarkan ayat Al-Quran. Adakah ayat Al-Quran itu salah? Maka sudah tentu tidak itu kalam Allah. Maka apa yang perlu dijawab?

                Baiklah baca dengan teliti dan fahami. Benar terdapat ayat “Tiada Paksaan Di Dalam Agama” di dalam Al-Quran Al-Karim. Tetapi itu tidak menjadi lesen bagi kita menggunakan ayat ini sesuka hati kita untuk memuaskan nafsu kita! Kita perlu mengetahui asbab nuzul bagi ayat ini, apa tafsiran ulama, apakah terdapat lafaz am atau khusus. Jadi di dalam post kali ini in Shaa Allah saya akan menceritakan tentang asbab nuzul ayat ini.
                Sebelum peristiwa hijrah Nabi Muhammad dari kota mekah ke kota madinah, wanita-wanita dari golongan ansar(belum islam) apabila mengandung dan bersalin akan memberikan anak-anak mereka kepada orang yahudi untuk dijaga. Sebab diberikan untuk dijaga tidak diketahui, mungkin kerana kesempitan wang atau kepercayaan kepada orang yahudi. Maka apabila anak-anak kecil itu dijaga oleh orang yahudi sudah tentu anak-anak itu dididik menjadi orang yahudi juga. Maka terjadilah peristiwa hijrah. Ramailah dari kalangan orang ansar memeluk Islam apabila nabi sudah sampai ke madinah. Maka selepas memeluk agama Islam wanita-wanita ansar itu teringat kepada anak-anak mereka yang diyahudikan. Oleh sebab itu mereka berjumpa dengan nabi supaya nabi menyuruh anak mereka itu memeluk Islam walaupun dengan cara paksaan. Maka turun ayat ini.
               

                Soalannya adakah orang yang selalu menggunakan ayat ini kafir? Sudah tentu tidak bahkan Islam seperti kita. Maka jangan sesuka hati menggunakan ayat ini untuk memenuhi kehendak nafsu. Tidak salah ingin menggunakan ayat Al-Quran dalam kehidupan seharian, tetapi pastikan kita ada ilmu tentang ayat itu. Jangan hanya hentam koromo menggunakan ayat secara mengkhinzir buta hanya untuk kelihatan hebat. Maka apa-apa pun yang penting ilmu. Maka tuntutlah ilmu. 

Monday, November 3, 2014

Ainul Mardhiah wanita terindah

A : kenal tak Ainul Mardhiah? *sambil drive*

B: kenal. Ketua bidadari di syurga kan?

A : yup. Kecantikan bidadari kalau satu jari ja masuk ke dunia maka semua lelaki akan jatuh cinta, tambah kalau ketua bidadari macam mana la agaknya.

B : untung la siapa dapat ketua bidadari. Jangan kata ketua bidadari, siapa dapat bidadari pun dah cukup untung.

A: alah bukan mahal pun maharnya. Kutip ja sampah kat masjid. Itulah maharnya.

B: serius? Wey cepat-cepat singgah masjid. Nak pergi "bayar mas kahwin"

A: spartan kick nak?

#bersihkan masjid pun ikhlaskan lah niat haha

~Hokage Dakwah~
Hokage Dakwah © 2008 Template by:
SkinCorner