Showing posts with label Spirit. Show all posts
Showing posts with label Spirit. Show all posts

Monday, May 23, 2011

Man jadda wajada

Man jadda wajada,
waman zara'a hasada,
siapa berusa dia berjaya,
dan siapa menanam dia menuai.

Ingatlah saudaraku,
Allah tidak akan sesekali,
mengubah nasib sesuatu kaum,
sehingga kaum itu mengubahnya sendiri.


Semuanya dalam genggamanmu,
hanya mahu atau tidak,
segalanya berada dalam tanganmu,
hanya ingin atau tidak,
Segalanya milikmu,
hanya hendak atau tidak.

jikalau kaumahu,
maka usahakanlah,
jikalau kau ingin,
maka cubalah,
jikalau kauhendak,
maka berusahalah.

Masakan Allah telah berjanji,
jikalau kauberusaha secukupnya,
kejayaan hakiki milikmu,
jikalau kaumasih tidak berjaya,
maknanya masih belum cukup usahamu,
maka teruslah berusaha saudaraku,
demi mencapai kejayaanmu.
Hokage Dakwah © 2008 Template by:
SkinCorner