Saturday, September 17, 2011

Lelaki VS Wanita

Tentu lelaki dan wanita pernah menunding jari antara satu sama lain untuk mengatakan siapa yang lebih hebatkan, betul tak? Walaupun begitu wanita dan lelaki masing punyai kelebihan dan kekurangannya.

Lelaki
*Lelaki bujang perlu tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
*Lelaki berkahwin perlu tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
*Anak lelaki perlu bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka berdosa baginya terutama anak lelaki yang tua manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya dan jika tidak baik dosanya akan ditanggung oleh suami.
*Suami wajib memberi nafkah kepada isteri manakala isteri tidak. Haram bagi suami menggunakan pendapatan isteri tanpa izin walaupun itu isterinya.
*Talak terletak pada tangan suami tapi bukan isteri.

Wanita

*Aurat wanita susah dijaga berbanding lelaki.
*Wanita perlu meminta izin daripada suaminya apabila mahu keluar tetapi tidak bagi suami.
*Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
*Wanita menerima pusaka kurang daripada lelaki.
*Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
*Wanita wajib taat kepada suaminya manakala suami tidak perlu taat kepada isteri tetapi perlu taat kepada ibunya.

Sebenarnya antara wanita dan lelaki masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya.

0 comments:

Post a Comment

Hokage Dakwah © 2008 Template by:
SkinCorner