Saturday, October 25, 2014

Abu Bakar Yang Pekak?

Assalamualaikum, moga sihat-sihat belaka para pembaca. Tiba-tiba hati ini teringin nak menulis semula blog (sebab cuti 3 bulan tak tahu nak buat apa yohoho). Jadi semasa sedang mencari idea untuk menulis tiba-tiba teringat akan kisah tauladan yang diceritakan oleh guru saya yang mulia iaitu Sheikh Nazrul Nasir Al Azhari. Kisah yang ingin saya ceritakan ialah tentang seorang ulama yang bernama Abu Bakar. Bukan Abu Bakar As-Siddiq tetapi Abu Bakar Al-Asim. Apa maksud Al-Asim? Al-Asim bermaksud pekak. Maka beliau digelar Abu Bakar Yang Pekak. Kita kalau orang panggil pekak agak-agak marah tak? Tentulah marah silap-silap tenggalung (bahasa utagha translation = tumbuk) kat situ jugak haha. Tetapi panggilan itu tidak menjadikan beliau rendah atau hina sebaliknya lebih meninggikan darjat beliau. Ingin tahu kisah beliau? Teruskan membaca.

                Pada zaman dahulu terdapat seorang ulama yang mengajar ratusan anak murid di tempatnya. Nama beliau ialah Abu Bakar. Murid-murid beliau lebih mengenali beliau dengan panggilan Abu Bakar Al-Asim(Abu Bakar Yang Pekak). Mengapa dipanggil sebegitu kepada guru mereka? Hal ini kerana apabila di dalam kelas pengajian pelajar beliau apabila ditanya soalan maka beliau akan berkata “kuatkan suaramu aku tidak mendengar pertanyaanmu” selama 40 tahun beliau membuat begitu sehingga murid-murid beliau sentiasa meninggikan suara jika ingin menanyakan soalan.

                Tetapi pada suatu hari apabila salah seorang murid beliau meninggikan suara untuk bertanya tiba-tiba beliau berkata “tidak perlu meninggikan suaramu aku boleh mendengar”. Murid-murid beliau semuanya tercengang terkejut kerana selama 40 tahun beliau menyuruh mereka meninggikan suara berlagak seperti pekak tetapi pada hari itu beliau tidak lagi pekak. Maka murid-murid beliau bertanya mengapa beliau tidak lagi pekak?

                Abu Bakar memulakan ceritanya, “40 tahun dahulu, ada seorang wanita ingin bertanya soalan kepadaku secara peribadi. Ketika dia sedang bertanya soalan dia terkentut. Aku tahu pasti dia malu maka aku menyuruh dia meninggikan suara dan berpura-pura seperti aku pekak dan tidak mendengar dia kentut (bahasa baik dia buang angin la).  Tetapi semalam dia sudah meninggal maka aku tidak lagi perlu berpura-pura pekak untuk menutup malunya.”

                Begitulah kisah tauladan seorang ulama yang menjaga aib seorang pelajar beliau sehingga sanggup berpura-pura pekak. Oleh sebab itu beliau dikenali dengan nama Abu Bakar Al-Asim, walaupun gelaran yang diberikan kepada beliau bermaksud pekak tetapi makna di sebalik gelaran itu sangatlah mulia.
                Nabi Salallahu Alaihi Wasallam bersabda “sesiapa yang menutup aib/kesalahan orang Muslim maka Allah tutup aibnya di dunia dan diakhirat”  (HR IBNU MAJAH)
                Kita mahu Allah tutup aib kita jadi mengapa kita tidak menutup aib orang lain? Fikirkanlah yeaw


~Hokage Dakwah~

0 comments:

Post a Comment

Hokage Dakwah © 2008 Template by:
SkinCorner