Friday, October 31, 2014

Ya Hanana ; pahala atau bahana?

Assalamualaikum semua! Apa khabar imanmu? Harapannya baik-baik sahaja. Baiklah berkenaan post pada kali ini, baru-baru ini di UIA kami ada mengadakan diskusi bertajuk “Ya Hanana; Pahala atau Bahana”. Pembentang tajuk itu memilih bahana kerana beberapa factor antaranya lirik qasidah yang kadang-kadang meragukan. Ditakdrikan pula selepas itu ada seorang junior bertanya kepada aku adakah lirik qasidah itu syirik atau tidak.
               
                Sebagai seorang pelajar di Maahad Tahfiz Imam Nawawi (http://jihadtegakislam.blogspot.com) guru aku selalu memulakan kelas pengajian kitab dengan selawat dan kadang-kadang berqasidah. Orang di sekeliling ramai yang menggelarkan kami ahli bidaah, tempat korang mungkin tidak tetapi oleh kerana aku tinggal di negeri darul bidaah eh darul sunnah Perlis maka perkataan ini aku dah sering dengar. Baiklah aku bukan nak tekan bab negeri aku atau soal bidaah mahupun wahabi tetapi apa yang aku ingin tekan dalam post kali ini ialah mengenai lirik qasidah sendiri.

                Dalam beberapa post aku sebelum ini juga aku selalu menekankan satu perkara yang menjadi asas kepada semua perkara ; ilmu. Apabila kita mempunyai ilmu sudah pasti kita dapat membezakan antara yang haq dan batil, antara yang betul dan salah, dan antara sunnah dan bidaah. Jadi apa kaitan ilmu dengan lirik qasidah? Pernahkah kita memerhatikan perkataan demi perkataan dalam qasidah itu? Aku malas nak bahas bab mohon pertolongan daripada Nabi Muhammad yang ramai golongan “AHLI SUNNAH SEJATI” haramkan itu.

Kita lihat lirik-lirik yang lain seperti salah satu syair qasidah yang aku sangat suka dengar iaitu Dhiya’u Al-Lami’. Boleh search The Shimmering Light di youtube. Di dalam qasidah itu menyebut tentang sirah nabi bermula dari kelahiran baginda dan perjalanan hidup baginda. Tetapi jika kita tidak pernah mengkaji semua bait-bait qasidah ini sudah tentu kita tidak dapat mengambil iktibar daripadanya lalu hanya menjadi seperti burung kakak tua.                        

Di dalam salah satu bait Dhiya Al-Lami’ di sebut antara bukti kecintaan kepada nabi Muhammad ialah mengetahui nasab baginda sehingga Manaf kalau tidak silap. Itu baru satu bait, apa lagi yang terdapat dalam bait-bait lain? Menceritakan tentang saat kelahiran insan paling mulia di atas muka bumi ini. Menceritakan tentang tanda-tanda kenabian baginda. Qasidah ini ialah antara khazanah ilmu yang ditinggalkan oleh para pencinta nabi. Semuanya lombong emas yang menunggu untuk digali oleh pencinta ILMU.

Jadi apa yang perlu kita semua buat? Cari ilmu, dapatkan ilmu, cintai ilmu supaya kita dapat memahami semua bait-bait qasidah. Seperti yang aku katakan, qasidah kelihatan syirik jika kita tiada ilmu mengenainya. “manusia cenderung memusuhi apa yang ia tiada ilmu mengenainya”.

Apabila tiada ilmu mengenai sesuatu bukan sahaja qasidah malahan Al-Quran juga boleh disalah tafsir. Dua orang guruku ada menceritakan sebah cerita kepadaku tentang seorang lelaki yang berkahwin dengan 10 orang wanita. Cerita ini riwayatnya mutawatir haha.

kalau tidak salah perkara ini memang benar-benar terjadi di Singapura. Apabila dipanggil ke mahkamah dan bertanya mengapa dia menikahi 10 orang wanita dalam satu-satu masa dia berkata dia telah merujuk kepada Al-Quran;
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil( di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja". ( Surah An - Nisaa' - Ayat 3 ) 
Dia berkata “aku telah membaca ayat itu lalu aku berkahwin mengikut suruhan Al-Quran pertama kali berkahwin aku menikahi 2 orang, kali kedua aku menikahi 3 orang, kali ketiga aku menikahi 4 orang, dan akhir seklai aku menikahi seorang wanita. Maka 2+3+4+1 = 10. Nah aku telah membuktikan aku berkahwin mengikut Al-Quran.”
Akhirnya lelaki tadi telah diterangkan mengenai tafsiran yang benar mengenai ayat itu dan dia menceraikan 6 daripada isterinya.
Jadi kesimpulannya lelaki tadi tidak mempunyai ilmu tentang penafsiran Al-quran maka Al-quran telah disalah tafsir. Maka perkara yang sama juga berlaku pada qasidah, jika kita tidak mempunyai ilmu tentang qasidah itu maka kita dengan mudah akan menganggapnya syirik bidaah dan sebagainya. Maka saranan aku, tuntutlah ilmu! Salam yeaw!


               

0 comments:

Post a Comment

Hokage Dakwah © 2008 Template by:
SkinCorner